Baru2 ini, aku dikejutkan dengan
sebuah berita. Ya, berita penuh kejutan. Sehingga aku benar2 tidak dapat
mempercayainya. Tapi berita apa?
Adakah berita tentang Lahad Datu? Ahh,
tidak! Itu sudah lama? Habis, berita apa? Bukan itu ke berita paling latest? Ya,
bukan. Cerita tu dah nak habis la derr. Hehe
Hish, dah tu? Cerita apa pulak? Hmm,
inilah cerita berlaku di institut tempat di mana aku menuntut. Tempat aku
jatuh, tersadung, tergolek-golek sehingga tak daya diriku nak bangun. Tersungkur
cintaku pada DIA. Cinta pada bulatan gembira. Cinta pada ikhwah2 seperjuangan. Cinta pada.... Ehem!!
Heee~ senyum sambil buat tanda aman.
Jadilah seperti air terjun. Terjun bersama sahabat2nya... |
Dan cerita ini bermula apabila
segerombolan pasukan yang baru balik dari bermain dengan air yang kecewa dan
berhasrat untuk bunuh diri dan terjun dari tempat tinggi beramai-ramai. Bak kata
pepatah omputeh. U jump, I jump! Awhhh, sangat la suwit! Pfftttt! Dan akhirnya
mendapat nama air terjun. Ehhh?
Ok mengarut. Kbye. Ahaha
Sebelum mereka semua balik untuk
pulang ke Kolej Separa Mahir Berenang-renang ke tepian. Mereka berhasrat untuk
singgah di Pelabuhan Burung Besi. Mereka semua yang baru sahaja habis
memenatkan diri yang tak laa berapa penat sangat tu dengan menghadapi ujian akhir
ingin melihat abang2 mereka yang akan menaiki burung besi. Entah mana destinasi
mereka agaknya…
Saat mereka bersuka ria. Tadi sudah
hilang penat terjun bersama air. Kini melihat burung-burung besi berkicau dan
berterbangan. Tiba2 mereka dikejutkan dengan deringan SayaTelefon Danny.
‘Kringg!!!’
‘Kachak’. Telefon diangkat oleh
Danny. Eh, betul ke bunyi angkat SayaTelefon macam tu. Ehhh?
‘Assalamualikum’. Salam dimulakan
pemanggil sambil senyuman terkuntun di bibir agaknya. Macam tahu dalam telefon.
Ehhh?
Suara serak2 basah itu mengecutkan
perut Danny yang memang dah kecut. Berpeluh dia mendengar. Bergetar lidah ingin
menjawab salam. Seakan-akan kenal akan suara itu. ‘Waalaikumussalam’
‘Mintak maaf Danny. Ini saya Uncle
R. Saya nak bagitahu awak. Awak terpaksa dipanggil untuk sesi duduk semula’
Danny tergamam. Seolah-olah mimpi. Dicubit
pipinya 5,6 kali. Ahhh! Sakit! Ya, dia di alam nyata. Dia terpanggil untuk
duduk semula. Dia bingung. Setahunya, dia telah buat sebaik mungkin dalam ujian
akhir lepas. Kenapa nak duduk semula? Sudah lenguh punggung ini merebahkan diri
di atas kerusi 2 jam separuh. Ehhh?
Setelah itu, banyak lagi SayaTelefon
menjerit. Semua ternganga saat mengangkat jeritan itu. Walaupun tak sampai
sekati pun beratnya, namun amat berat rasa untuk mengangkatnya. Angkat tong gas
lagi ringan rasanya. Hmmm…
Saat abang2 menaiki burung besi. Mereka
bergegas pulang ke kolej. Ada yang takut. Risau. Tak percaya. Malah ada ada
mata menjadi Tasik Bera dek kerana menahan esakan. Belum hilang lelah,
disuruhnya berlari semula. Manakan terdaya. Usain Bolt pun lepas lari 100m g
minum Redbull dulu. Ehhh?
Elehh, tapi bila dah sampai bilik. Semuanya
lupa. Hilang ingatan. Ibarat orang eksiden kepala jatuh dulu. Koma lepas tu
hilang ingatan. Ehhh?
Bukanlah, semua penat sangat. Tertidur! Ehehe
Matahari tegak atas kepala. Ya, hari
ini sangat bermakna. Hari ini mereka akan joging, seterecing, wekaout dan sebagainya.
Sebelum esok dipaksa berlari ganti-ganti 2 jam separuh berpagar. Ehhh?
Hari ini jugak semua pelajar akan
pulang ke sarang. Ada balik ke Johor, Selangor. Tak kurang juga yang jauh ke
utara sikit dari Perlis. Siam!! Sawaddikap...
Wow!
Tapi aku hairan. Aneh. Pelik. Kagum.
Terpegun. Hmm, macam2 perasaan bercampur. Kalau digaul boleh buat kek agaknya? Ehhh?
Ya, aku tertanya. Saat semua itik
pulang ke sarang. Masih ada itik2 yang duk tercengung. Menunggu itik2 lain yang
dipaksa melabuhkan punggungnya semula dia atas kerusi yang sumpah keras. Boleh krem
kalau tak cukup fit. Ehhh?
Kalau yang dah terer tu. Aku takde
lah pelik. Bolehlaa nak ajar budak2 ni. Terangkan balik. A to Z. 1 sampai 9. Tapi,
yang tak terer tu duk buat apa. Si Epul antaranya. Lepas pun atas hidung. Kurang sikit lemas dah tu. Dia pun duk tercenguk sama. Bersama itik2 yang akan duduk
semula. Hmmm, aku garu kepala yang tak gatal.
Tiba2, aku dapat surat cinta dari
DIA.
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali
(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat
Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu
menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu
telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali-Imran,3:103)
Nangis lelaju.
Awhhh!
Sumpah suwit kau Epul dan semua kawan2. Walau kau takde laa terer mana. Tapi kau ada jugak kat sisi Danny n de gang. Kau bagi
support kat diorang. Hmm, aku pernah tanya kau. Asal kau sanggup buat macam ni
semua. Kau pun mesti ada benda lain nak buat. Benda lagi penting, tapi kau ada
jugak masa. Hmm, sumpah kau pelik.
Tapi,
dengan selamba kau kata. Kau jawab.
‘Biarlah,
aku nak jadi SUPER SAIYA’
Haish,
super saiya lagi. Apa benda laa tu.
Tiba2
Epul mencelah lagi. ‘Betul kau nak tahu?’
Tiga perkara
yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman. ALLAH dan
Rasulnya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya. Dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan
kerana ALLAH. Dan dia benci
untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam
api.
(Riwayat: Al-Bukhari)
Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia
menyayangi dirinya sendiri..
(Diriwayatkan
oleh : Anas Ibnu Malik)
Tasik
Bera bertukar menjadi Air Terjun Niagara. Laju air mata tumpah…
..BraderJepp..
tertusuk peluru, tombak , bom,,
ReplyDeletedush dush deshing..adehh.....
banyak sngt direct translation nihhh, poning den, ahaha
ReplyDeleteperghh..lagu sedapp nih...tak aci ar
ReplyDelete