![]() |
| Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba...Ehh? |
‘Hmmmm’ Bunyi hidung Helmi kedengaran membau sesuatu. ada bunyi ehh bau. ehhh??
Helmi terbau sesuatu. Bau seperti
ayam yang sedang dipanggang. Sekejap-sekejap bau nya bertukar menjadi pahit2. Seperti
bau tok dukun membakar kemenyan. Ehhh??
Bau yang sering bertukar-tukar tu
menyebabkan hidung Helmi berasa sakit. Lalu dia terjaga dari tidurnya yang
nyenyak. Habis bantalnya menjadi peta. Sehingga tercipta banyak negara2 baru
yang tak pernah wujud.
Helmi masih lagi mamai, tidak dapat
melihat di sekelilingnya. Tapi, dia merasakan suatu habang yang terlalu panas,
seakan-akan dirinya dimasukkan di dalam ketuhar kek ibunya.
Saat mata helmi terbuka, di
tersedar.
‘Ya ALLAH, rumah aku!!!!
Helmi tersentak melihat sang api
sedang dengan lahapnya menjilat rumahnya. Dia pun tidak selahap itu apabila
menjilat lolipop ketika zaman kanak-kanaknya ketika menonton dragonball. Ehhh???
Helmi tiba-tiba buntu. Tidak tahu
apa patut dia lakukan. Mana taknya, baru bangun tidur. Tiba2 tgok rumah sedang
dijilat api. Rakus pulak api tu.
‘Ya ALLAH, apa aku nak buat ni.’
Helmi terus merungut kesendirian. Hendak
dia memadamkan api tu, amatlah mustahil. Api dah besar ,macam tu kalau bomba
nak padam pun sehari suntuk tak habis.
Tiba2, dia terfikir. Lari!!!!
Yes, tepat! Itu je pilihan dia yang
boleh buat ketika itu, lari daripada rumah terbakar tu. Keluar selamatkan diri.
Tapi,,,,,
‘Ehh, Jepp! Ada tapi2 pulak, karang mati
pulak si Helmi tu. Lari je laaa’
![]() |
| Taman Syurga kan lagi indah.... |
Tapi, saat helmi membuka tombol
pintu rumahnya, dia terlihat ada ramai yang masih tertidur dibuai mimpi2 indah.
Bermimpikan berlari-lari di taman. Berbaring di rumput yang lembut ibarat
permaidani terbentang di istana. Mimpi didatangi bidadari dan bidadara. Ehhh?
Helmi tersentak. Di sekali lagi,
dihadapkan dengan pelbagai pilihan,,,
mengapa sering terjadi,,,
pilihan tak
menepati,,,
hingga amat menakutkan,,,,
menghadapi masa depan,,,,
seolah….
Chopp!!! Apa merepek ni Jepp???
Oppsss, sorry. Ana pulak yang mamai
tetiba. Pffttt
Ya, Helmi ada dua pilihan lari
menyelamatkan dirinya sendiri. Dan meninggalkan kawan2 yang masih dibuai mimpi
basah atau kering itu bermain diminda mereka. Ehhh??
Ataupun, masa yang masih ada tu, dia
gunakan untuk kejutkan kawan2 nya. Sebelum rumah itu hangus dimakan dan
dikunyah-kunyah oleh api sehingga mengeluarkan sendawa yang kuat. Ehhh?
Hendak dia kejut. Takut tak sempat. Takut
termakan dirinya sendiri.
Nak lari bersendirian. Dia sangat
sayangkan semua kawan2 nya. Dek kerana telah berjanji sehidup semati dengan
kawan2 nya. Dek kerana Fakhrul masih belum membayar hutang RM23.50 untuk
membeli baju T palestin ketika menghadiri ceramah Aman Palestin tempoh hari. Ehhh??
Helmi tanpa berfikir, dia terus! Terus….
Ya, dia terus mengejutkan
seboleh-bolehnya, seramai mungkin rakan2 seperjuangannya untuk sama2 keluar
dari rumah terbakar itu. Dari kejahiliyyan itu. Uppssss…
‘Eh, apa kaitan ni. Rumah terbakar. Jahilyyah.
Apa tu? Rumah terbakar, terbakar laa. Jahilyyah tu kan zaman yang before nabi
dihantar tu. Alahai Jepp, takkan tak tahu kut…’
Ahaha!!! Gelak guling-guling.
![]() |
| takkan kita lagi teruk dari zaman jahiliyyah?? yes! itu realiti... |
Baiklah, anta sebut pasal zaman
jahiliyyah tadi. Bagus, nampak di situ??
Jom kita bayangkan. Kita fikirkan. Macam
mana hidup zaman jahilyyah dulu.
‘Saya, saya! Saya nak jawab! Zaman jahiliyyah
ada tanam anak, minum arak, berjudi, zina, main futsal bukak aurat, tidur pakai
boxer, COUPLE, dan…. Ehhh?
Kalau zaman sekarang pulak??
‘Hmmmm’
Eh, kenapa hmmmm saje? Something wrong??
‘Macammmmm. Macam sama je akh.’
See??? Nampak tak permainan dia kat
situ. Ahaha. Kita boleh samakan laa yang si Helmi tu dia sedang lena dibuai
mimpi, bermain dalam angan2 di zaman yang serupa tapi tak sama dengan zaman
jahiliyyah dulu. Bahkan lebih teruk.
![]() |
| nak tegok pun tak sanggup... |
Kalau dulu, tanam anak. Kira baik la
tu kan dorang simpan elok2 dalam tanah. Kita sekarang campak anak dalam lubang
jamban, tepi longkang, tong sampah.
Kan?? Nampak tak? Siapa lagi jahil? Siapa
lagi bodoh? Zaman jahiliyyah ke kita? Astaghfirullah…
Dan, si Helmi dah tersedar dari
tidur tu. Dan dia sedar dia berada di rumah terbakar. Dia nak keluar dan
alhamdulillah dia tak nak keluar sengsorang.
Kalau kita????
![]() |
| it's time to change, people... |
..BraderJepp..
P/S: Dengan analogi, sesuatu mudah difahami kan. Semoga ALLAH bagi kefahaman Islam pada semua :)

.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment