Saturday, 14 June 2014

Bertuah wahai engkau...

[Kredit]

Bertuah wahai engkau,
Makan minum,
Lantas terbang membelah awan,
Kadang mengepak lembut,
Di bawah naungan pohon rendang,
Nan kehijauan.

Bertuah wahai engkau,
Tiada langsung apa kau risaukan,
Tiada rahsia apa yang kau simpan,
Tiada amanah engkau dibebankan,
Apatah tanggungjawab,
Yang mesti kau tunaikan.

Sungguh,
Aku cemburu.

Alangkah indah jika,
Aku juga seperti engkau,
Bebas dari kejahilan,
Tidak kenal erti susah,
Yang kau tahu,
Terbang dan juga makan.

"Bertuah wahai engkau.."
Aku bisik dalam-dalam,
Agar ia tidak sampai hanya di cuping telinga,
Tersemat erat dalam iman,
Bukan hanya angan.

Kerana aku sebaik kejadian,
Ku bisik lagi bersama harapan,
Bertuah wahai engkau!

(Petikan dari: Monolog Abu Bakr as-shiddiq)

..BraderJepp..