Tuesday 10 December 2013

Sajak untuk anda

Ini JALANku !!,

Jalan Dakwah dan Tarbiyah ini,
Sama sahaja seperti jalan biasa,
Yang kita lalui.
Jalan P.Ramlee,
Atau Haiwey Sg.Besi.

Kadang kala ia sunyi,
Tidak dilalui,
Kadang kala sesak,
Sehingga lenguh kaki,
Tika kaki bersilih ganti,
Menukar pedal kaki.
Namun kaki harus teguh berdiri,
Kerna yang ditujui,
Adalah suatu destinasi,
Yang kekal nan abadi.

Tapi,
Saat jalan disusuri,
Terkadang sesat melalui jalan mati,
Atau tak tahu simpang kanan kiri.

Nah!
Apa kita perlu lagi sekarang ini,
Sebiji sematfon berteknologi tinggi,
Atau punyai khidmat Teriji,
Mengharap si Encik Waze membantu diri,
Ke arah destinasi ditujui.

Namun sayang beribu kali,
Encik Waze belum dihapdet lagi,
Menunjuk jalan menuju ILLAHI.

Kepala digaru berkerut dahi,
Mencari lagi kanan dan kiri,
Ditoleh sekali lagi kepala ke kiri,
Segak sekali IKHWAH dicintai,
Duduk setia penuh menanti,
Bersama taujihat nan berani,
Bakal menggugat dinihari,
Menonggah sang ummati

Tuesday 5 November 2013

Pembunuh yang terpilih...

HIJRAH
Errr, dah lama rasanya tak hapdet blog ni. Mula-mula nak masuk tadi banyak juga lah sawang-sawang, sarang labah-labah pun ada. Yang tak puas hati tu, macam mana sarang jahiliyah tu boleh ada balik. Aisehman!

Kfine. BraderJepp bersihkan sarang-sarang tu. Kalau Allahyarham P.Ramlee boleh nyanyi dengan saloma buang yang keruh ambil yang jernih. BraderJep pun nak nyanyi  jugak lah. Boleh?

Buang jahiliyah,
Ambil qudwah,
Baru teguh,
Muwasofat tarbiyah…

“Ohoi, slow sikit volume tu boleh BraderJepp. Anak tengah tidur ni…!”

Tapi, anda tahu betapa bukan semua orang seperti anda. Mudah untuk berhijrah. Henshin! Dan berubah menjadi watak baru seolah-olah cerita penunggang bertopeng. Kerana itu lah, manusia itu umpama logam! Masing-masing dengan personaliti masing-masing. Dan, susah untuk BraderJepp ungkapkan disini. Pasti akan berjela dan anda pasti akan menekan sahaja butang ‘x’ di hujung penjuru sebelah kanan atastanpa segan atau silu. Betul tak.?

Errr, tapi nanti dulu. Bagi BraderJepp habiskan sikit eh..?

Anda pernah dengar kisah pembunuh kepada 99 nyawa. Errr, saya tahu pasti semua pernah medengarkan. Tapi, sudikah anda memdengarkannya sekali lagi? Kali ini versi BraderJepp. Sungguh, anda pasti tidak menyesal. Heh!

Kisah ini mengisahkan Tailong (bukan nama sebanar), seorang gangster yang hidupnya tiada lain semata-mata bertujuankan untuk berfoya-foya. Dia dibesarkan dengan penuh jahiliyah. Dalam kamus hidupnya hanya ada lima perkataan.

HARTA!

PEREMPUAN!

KUASA!

HIBURAN!

SERONOK!

Hidupnya 24/7 memang untuk mengabdikan diri kepada 5 perkara tersebut. Sehinggakan dia sanggup untuk mengorban nyawa orang disekelilingnya. Dikejarnya HARTA ibarat itu nyawanya. Ditukarnya PEREMPUAN tak ubah seperti bajunya. Dirampasnya KUASA kerana itu nadinya. HIBURAN menjadi kerja sepenuh masanya. Seronok itu satu-satunya perasaan pernah dirasai.

Nak dijadikan cerita, dia terjumpa satu hobi baru. Dan hobinya sangat pelik, saya tak pasti kenapa tapi itulah hobinya. Iaitu, membunuh! Dia sanggup belajar teknik-teknik baru untuk membunuh. Dan dia juga sentiasa menghapdet gajet-gajet terkini sebagai alat untuk membunuh. Semata-mata untuk memenuhi hobinya untuk memisahkan jasad dengan roh.

Sampai satu masa ni, dia pun dah penat. Setelah dikira-kiranya total nyawa yang telah dia tamatkan riwayatnya. Tak cukup jari kaki diambilnya jari-jari yang tidak lagi berdenyut untuk mengira. Almaklumlah, zaman masih tiada alat kira-kira ataupun abacus. Memang tak jumpa lah cerita dia…

Bila dijumlahkan, terkejut jugalah dia. 99 nyawa sudah dia ratah. Dalam hatinya, memuji-muji diri sendiri. Nak jadikan cerita lagi, dia tiba-tiba terbuka siaran tv al-hijrah. Dan dia belajar satu perkataan baru. Iaitu perkataan keenam. TAUBAT!

Dia merasakan amat lunak suaranya memacah sepi saat dia mengungkapkan kalimah itu. Dia pun, berjumpa dengan orang yang paling warak ketika itu untuk bertanya. Dan bermulalah sesi dialog antara mereka

Tailong(bukan nama sebenar) : Syeikh, apa macam muka banyak senang? Ada baik?

Rahib: Aku tahu kenapa kau ke mari?

Tailong: Wahh, bukan main pailang nampak. Aku tak cakap kau dah tahu. Takpe, aku saje nak tanya.

Rahib: Ok, tanya…

Tailong: Citer dia macam ni, aku dah bunuh 99 orang. Dan tadi, aku terbuka tv al-hijrah. Rahib tu ada        cakap pasal Taubat. Agak-agak kau lah, taubat aku diterima tak?

Rahib: Wow! Sorry to say, memang tak dapat lah citer dia. Banyak kot 99.

Taliong: Baik, kalau begitu. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hiah!!!!

Maka, tamatlah riwayat sang rahib tadi dan genap 100 nyawa telah dia bunuh. Dia pun pergi membawa diri. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan sang rahib tadi, dia berjumpa dengan rahib lain dan menujukan soalan yang sama.

Dengan machonya rahib itu menjawab.

“Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke taman hijrah (pun bukan nama sebenar)”

Sebab di situ ada kaum yang menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk”

Yesss!!! Perkataan ketujuh dia belajar. ALLAH Ta’ala.

Tanpa berfikir tiga kali. Cukup dengan dua kali sahaja dia meninggalkan istananya dan bertolak ke taman al-hijrah tadi. Dalam perjalanan, dia mengalami bermacam jenis rintangan dan halangan. Kadang terasa ingin berpatah balik.

Dia cekalkan hatinya. Terus bergerak. Melangkau onak dan duri. Meredah semerah lautan api. Mendaki gunung nan tinggi. Malang tak berbau, dia terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa. Yang memilukan lagi, nyawanya turut diragut. Belum sempat dia ingin meng’henshin’kan dirinya. Dia telah diambil oleh Tuhan.

Saat rohnya ingin diangkat berlaku pergelutan antara malaikat rahmat dan malaikat azab.

Malaikat Rahmat: Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah

Malaikat Azab: Bahawasanya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun.

Dengan izin yang MAHA berkehendak, datang seorang lagi malaikat menyerupai manusia untuk mengadili siapa yang layak untuk mengambil roh si pembunuh 100 nyawa tadi. Langsung malaikat itu berkata.

 Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya”

Sedarsawarsa itu, mengukur lah sekalian malaikat jaraknya antara tempat eksiden tadi dengan kawasan perumahan si pembunuh dan kawasan taman al-hijrah.

Maka, anda tahu milik siapa kah roh si pembunuh tadi…?

JengJengJeng!

Anda pun sudah tahu, bukan? Sungguh, benarlah jarak tempat eksiden itu adalah lebih dekat dengan taman al-hijrah berbanding perumahan asal si pembunuh itu. Atau mungkin hanya beberapa langkah sahaja lagi. masyaALLAH…

Errr, macam krik-krik je. Macam bosan je…

Itu lah, memang cerita ini ramai antara kita sudah tahu. Tapi, berapa kerat yang benar-benar dapat mengambil ibrah disebalik kisah ini.

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din(Agama).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda tahu kenapa BraderJepp open balik cerita ini. Sebab, BraderJepp perhatikan di sekeliling saya, anda dan kita semua. Sungguh ramai yang bahunya sudah dilanggar oleh makcik ‘Hidayah’. Dan tak mustahil, pasti ada yang dirempuh dengan Bugatti Veyron yang dipandu makcik ‘Hidayah’.

“Errr, pandai juga makcik ‘Hidayah’ bawak kereta.  Siap Bugatti Veyron lagi tu. Huish taknak kalah betul…”

Wahai, usah anda bimbang. Benar, memang betul hijrah itu amat sukar. Mana mungkin kita akan meninggalkan apa yang kita ada. Apa yang kita rasakan sudah cukup untuk kita. Sebagai bekal di masa hadapan.

Macam Tailong yang bukan nama sebenar tadi itu lah. Dia merasakan sudah cukup 5 perkataan yang dia tahu untuk membawanya senang di masa hadapan. Untuk dia bersenang-senang. Tapi, bila mana dia sedar sahaja yang masa hadapannya ‘lebih panjang’. Dia rasa perlu belajar lebih dari itu. Maka, dapat lah dia 2 perkataan baru tadi.

Haha…! Anda nampak permainan di situ? Nak tengok lagi..?

Kita masing-masing punyai kampung halaman, betul tak? Bila tiba musim cuti sem, cuti raya atau cuti apa sahaja. Kita pasti nak balik kampung. Melihat ayam, itik dan lembu. Memberi kucing makan dan sebagainya kan..?

Baik, saya tanya anda? Di mana kampung halaman anda? Tempat asal anda? Dari situ wujudnya anda, saya dan cuba lihat sekeliling anda. Ya, betul! Kita semua sekampung. Tapi, di mana kampung kita? Kampung anda dan kampung saya?

Es. Wai. Yu. Ar. Ji. Ae.

Anda pernah mengeja perkataan itu dahulunya ketika anda di bangku tadika kemas atau pasti atau apa sahaja lah.

SYURGA. Betul? Jadi, apa salahnya sekarang ini anda belajar mengeja pula bagaimana  untuk kita sama-sama pulang ke kampung. Bukan ketika musim cuti sem atau cuti raya. Tapi, cuti buat selama-lamanya.

Anda..? Anda ok ke tu? Macam dah basah je..

Sungguh, anda harus ingat! Ketika anda merasakan anda kesunyian. Keseorangan mencari jalan pulang. Dan memang tak dinafi akan ada banyak suara-suara garau, suara nyaring malah suara yang bisu turut akan bersuara untuk menjatuhkan kita saat kita mula ingin berhijrah.

Belajarlah dari si Tailong tadi. Dia juga bersendirian mencari taman hijrah. Berselang-selikan onak duri, ranjau dan lautan berapi. Semuanya dia redah. Malah, dia juga tidak sempat untuk sampai apatah lagi berubah menjadi pahlawan bertopeng memakai jubah.

Anda tahu kenapa? Kerana ALLAH itu maha kasih dan sayang akan hambanya. DIA tidak lah melihat HASIL. Tapi, apa yang anda dapat lihat, ALLAH itu melihat pada USAHA. Sejauh mana anda berusaha untuk bertukar menjadi yang lebih baik dari apa yang anda ada sekarang.

Errr, tapi. Jangan pula anda baru berusaha sedikit. Terus, anda beri alasan.

“Eh, saya sudah berusaha apa BraderJepp. Cukup lah tu nak apa lagi? ALLAH kan lihat USAHA bukan HASIL”

Errr, pernah makan selipar jepun saiz 9 tak?

Anda cuba tengok balik kisah si Tailong tadi. Kenapa ALLAH tetapkan cara nak tentukan baik atau buruk si tailong itu dengan mengukur jarak? Hah, sila lah bermain teka-teki atau menggaru-garu kepala anda yang tak gatal tu?

Anda dapat cari jawapannya? Yes! Betul. Kerana dari situ ALLAH menilai sejauh mana USAHA si Tailong tadi. Jika ditakdirkan si Tailong itu eksiden di 200 meter pertama. Dengan hatinya yang masih berhasrat ingin berpatah balik. Mungkin juga dia tidak akan dapat di bawa oleh  malaikat rahmat.

Tapi, segalanya mungkin berlaku. Kun, maka yakun! Kita bukan malaikat untuk menilai baik buruk seseorang. Aptah lagi tuhan bagi menentukan syurga neraka. Kita hanya yang hina mencari jalan pulang ke kampung halaman.

Wallahu a’lam.

Keep calm & Hijrah :D

..BraderJepp..  

Duhai, anda yang sedang membaca tulisan marhaen ini. BraderJepp berdoa agar saat dan ketika ini makcik ‘Hidayah’ sedang perhatikan anda dari belakang ketika ini dan bersiap sedia untuk menyeggol bahu anda sekuat hati!

Tak percaya, cer toleh belakang. Haaaaa….

P/S: Ini saya sertakan link hadis asal daripada kisah si Tailong bukan nama sebenar. http://hadisrs.pusatkajianhadis.com/id/index.php/kajian/tema/163/orang-yang-membunuh-99-orang



Tuesday 10 September 2013

Antara ikhwah dan akhawat 2.0

hindari ikhtilat, iman selamat ! eceh..

Okay, BraderJepp kembali lagi ! Eceh, dah macam rancangan tv al-hijrah pulak. Bluek! Muntah pelangi kau haa..

Tapi, apa salahnya kan kalau betul dapat peluang bersiaran di kaca tv. So, gerak kerja dakwah BraderJepp dapat diperluaskan lagi. Tak gitu? Lagipun, bukankah ini apa yang tersirat dalam nafsu BraderJepp sendiri. Errr, amboi ayat…

Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku bawa.
(Hadis hasan sahih, diriwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad sahih)

Seperti saya janjikan pada post yang lepas. Saya akan bantu anda menjawab persoalan usaha dalam pencarian jodoh. Eceh, ni dah macam acah-acah agen cari jodoh ni...

…sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
(Ar-Ra’d, 13:11)

Betul anda harus berusaha. Tapi, pastikan usaha anda itu berlandaskan syariat. Bukan berpandu pada si taghut ! Alamat jadi lah anda seperti sang badut.

Lupakah anda pada janji ILLAHI.

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
(An-Nur, 24:26)

Kalau benar yang baik itu pilihan anda, yang ikhwah atau akhawat itu calon di hati. Maka, anda juga seharusnya menuju ke arah itu. Majukan usaha anda ke tahap itu. Menjadi ikhwah atau akhawat bergaya. Bukan bergaya dengan baju topman atau jeans dolce n gabbana, apatah lagi dengan beg prada.  

Bahkan, gayakan diri anda dengan 10 muwasafat tarbiyah. Nah, itu baru betul bergaya lagi osem! Tak cukup dengan itu, anda mungkin boleh isikan jiwa dan raga anda dengan 10 rukun bai’ah. Itu barulah usaha yang betul ke arah pembentukan baitul muslim. Cewah…

Uuupppssss, maaf terlupa. Ini sebagai santapan bersama..

cukup tarbiyah, terpancarlah 10 muwasafat tarbiyah !

rukun bai'ah mampu membuat anda bergaya tanpa rasa goyah !


Anda rasa tak cukup? Releks, ada lagi rahsia untuk berusaha membina baitul muslim idaman anda itu. Tapi ingat, ini rahsia antara peminat setia BraderJepp sahaja okeyh ! errr, sekali lagi muntah pelangi...

Baiklah ! Saya, BraderJepp bin EncikWalid membenarkan anda ikhwah atau akhawat untuk bercinta, bermanja atau bertepuk tampar. Bahkan, nak tidur sekatil pun sila lah. Tapi dengan syarat, sesama ikhwah atau sesama akhawat.

Fulsetop !

Sebenarnya, kita telah diajar dalam sistem usrah yang osem ini, tentang bagaimana untuk bersedia ke arah baitul muslim. Caranya, berlatih lah bercinta kerana ALLAH dengan ikhwah atau akhawat satu bulatan anda.

Sungguh, cinta terhadap sesama ikhwah atau sesama akhawat itu sama sahaja cinta antara zauj(suami) dengan zaujah(isteri). Kedua-duanya adalah kerana ALLAH. Kerana DAKWAH. Demi mengejar sorga yang satu ! ummph..

Errr, lagipun boleh anda beritahu saya bagaimana ingin membuat tangga kalau base tangga itu sendiri belum cukup kukuh..? Ada jawapan, sila komen…

..BraderJepp..

Antara ikhwah dan akhawat...

Ikhtilat, PELIHARALAH !!

Baca tajuk...

Gulp !

Maaf. Jujur saya katakan. Saya sudah lama ingin menulis tentang isu ini. Bukan kerana ingin menegur rakan dan taulan yang ada kaitan dengan isu ini. Tapi, semata-mata ingin menulis untuk peringatan diri di masa hadapan. Lagi pun, menulis itu hobi. Senyum !

Errr, satu lagi pengakuan. Boleh ?

Boleh jadi juga post ini ditulis kerana diri sendiri yang berada dalam isu ini. Isu yang takkan tamat. Tiada istilah ‘the end’. Sehingga status Baitul Muslim itu berjaya di hapdet. Hoyeah !

Bila sebut perkataan ikhwah (saudara lelaki), atau akhawat (saudara perempuan). Maka ada suara-suara nyaring yang berbunyi.

“Kejadah ikhwah akhawat ni? Cakap boboy gegirl sudah laa”

“Apa beza pulak. Sama laa tu. Ikhwah means lelaki. Akhawat means perempuan. Nak payah-payah sebut arab sampai terkeluar kahak buat ape bro?”

Gulp! Telan air liur. Pahit! Itu lah, siapa suruh tak baca post BraderJepp yang lepas. Ecewah..

Rilek dulu. Gelaran ini sengaja saya beri kepada mereka yang saya katakan osem! Mereka ini sanggup bergadai masa, harta dan pusaka. Semata-mata ingin lihat islam itu berjaya ke tempat asal nya. Dimana? Yeah, itulah Ustazatul Alam!

Kejap, nah saya bagi link dia.. (Siapa dia gerangan ikhwah dan akhawat..?)

 

Agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat”. Mereka (para sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam kaum Muslimin atau Mukminin, dan bagi kaum Muslimin pada umumnya.”
(Riwayat Muslim no 55)

 

Baik, anda sudah siap sedia dengan perkara yang tidak dapat anda jangkakan selepas ini. Kalau begitu, sediakan lah baju besi beserta perisai untuk menepis segala ombak ranjau dan duri sepanjang post ini. Heheh ! Amacam seram tak bunyi..?

 

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan……
(Ar-Rum,30:21)

Baik, memang benar! Perasaan cinta, kasih, sayang, rindu dan apa sahaja tentang itu tidak salah. Bahkan anda tahu, itu juga nikmat kurniaan DIA. Sama seperti nikmat islam, iman, sesedut nafas dan kalau saya huraikan lagi, pasti anda akan menekan terus butang ‘x’ di penjuru atas sebelah kiri. Benar?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman,55:57)

Anda sanggup untuk mengkufuri nikmat kekayaan anda? Berjoli sini, masuk pub situ, singgah disco sana. Atau anda sanggup untuk mengkufuri nikmat lidah anda dengan membasahkan lidah dengan carutan, hasutan dan gossipan? Uhukhuk!

Batuk lagi…

Jadi, bagaimana pula dengan nikmat yang satu ini? Anda ingin mendustakannya? Dengan mengejar akhawat tercintun anda. Mengabaikan DUA tanggungjawab anda dan memfokuskan kepada maggi cintan anda ini. Ok, silakan kalau anda ada jawapannya saat bertemu YANG MEMBERI CINTA itu..

Seperti saya katakan tadi. Saya juga pernah dan masih berada dalam isu hangat ini. Jadi, saya pernah ditegur oleh seorang akh yang saya respek. Saya sudah tahu. Namun entah kenapa sentuhan dari akh itu sangat menggoncangkan jiwa dan tarbiyah terhadap saya. Eceh…

“Bro, kau kena tahu. Ajal, maut, JODOH, semua di tangan ALLAH. Dah tertulis lagipun di atas sana siapa jodoh kau. Kau usaha lah macam mana pun. Bahkan, kalau kau dapat kahwin sekali pun dengan calon pilihan kau. Tapi, kalau ALLAH kata tu bukan jodoh kau. Maka kau tetap akan bercerai.”

(Kawan BraderJepp)

Lantas saya teringin buat satu analogi. Anda dan ibu anda. Apa anda mampu untuk memilih siapa yang akan menjadi ibu anda? Wanita yang mana akan melahirkan anda? Owh, kalau itu boleh nescaya ramai akan memilih nora danish atau shiela amzah menjadi ibu mereka. Pfftttt…

Logik, bukan? Sudah tertulis di luh mahfuz bahawa ibu kepada Nabi junjungan kita adalah Aminah dan ibu kepada BraderJepp ialah PuanUmmi. Dan sama lah dengan siapa akan menjadi peneman hidup kita. Juga peneman mati kita. Lantas menjadi bidadari di sorga sana. Ewah..

Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.
(Al-Baqarah,2:187)

“Tapi BraderJepp, kita kena lah usaha dulu. Macam mana nak dapat hasil kalau takde usaha kita buat. Bukankah ALLAH telah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 11. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”

Gulp ! Bukan main pandai berbahas ehh. BraderJepp akan jawab part yang tu esok. Ada kerja sekejap. Heheh..

Ini bukan alasan! Kbai..

..BraderJepp..

Sunday 8 September 2013

Siapa dia gerangan ikhwah dan akhawat..?

Maka beruntunglah alien...

Di suatu hari yang mendung. Awan berkepul-kepul. Guruh kadang berdentum. Salji datang mengintai. Saya menjadi seekor burung biru. Berkicau tweet-tweet. Saya terlihat satu profile. Klik…

Dena Bahrin.

Pasti semua kenal. Dari belog beliau sampai lah ke insta dan mka buku beliau. Ramai pengikut dan tak usah dibilang penggemar dan pengomen beliau. Penat rasanya jadi beliau yang setiap saat ada pemberitahuan.

Status hapdet, kicauan dan hantaran gambar beliau. Kebanyakannya berunsur islamik dan tertimbul satu persoalan. Maka jadilah saya seorang burung biru yang berkicau-kicau..

“Dena Bahrin ni, akhawat ke..?”

Tak sampai 53 saat, saya mendapat pemberitahuan. Dua pulak tu, serentak !

****** replied your tweet.

Wah, ini sudah bagus. Mungkinkah persoalan ku akan terjawab..? klik…

“Dena bahrin mmg bukan perempuan ke..?”

“Dia dah kahwin beranak pun laa..”

Pffttt !!

Kurang tarbiyah? Salah siapa? Salah mereka ke..? Ohoiii, sedap tuding jari ! Meh laa, bagi saya rasa sikit. Takkan sedap makan sorang je kan? Ehem !

Ikhwah dan Akhawat. Siapa mereka? Sejenis nama haiwan? Atau mereka ini penjenayah yang menyembunyikan identiti mereka? Atau mungkinkah mereka ini makhluk asing..?

Ya ! Mereka makhluk asing. Alien ! Serious talk, bro…

Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’)
                                                                                                                (Hadis Riwayat Muslim)

Nak jadi doktor, kena ambil bidang medik 6 tahun. Nak jadi askar atau polis, kena masuk akademi, mtd dan macam-macam. Tapi, untuk menjadi ikhwah atau akhawat. Anda tidak memerlukan apa-apa. Anda hanya memerlukan ALLAH sebagai matlamat.

Namun, ikhwah atau akhawat ini bukan suatu jawatan. Yang ada kerusi di parlimen mahu pun tempat di majlis raja-raja apatah lagi dapat mencangkung di persidangan OIC. Gulp !

Mereka hanyalah alien-alien yang bertaburan di bumi ALLAH semata-mata berjuang menegakkan islam kembali ke ustaziatul alam. Bukan menegakkan benang yang basah. Bukan !

Saya pun sebenarnya tidak faham akan jiwa mereka ini. Kadang-kadang ada sanggup berpuasa isnin khamis untuk digunakan wang dollar ringgitnya untuk dihulurkan ke program dakwah dan tarbiyah. Sekali-sekala saya lihat mereka membelanja hadek-hadek usrah mereka atas niat memerangkap mereka ke lembah DnT (Dakwah n Tarbiyah).

Itu belum kira lagi yang habiskan masa malam mereka untuk bulatan gembira atau bolat-bolat sorga. Yang saya tak tahan tu, ada pulak yang buang cuti wiken dorang dengan aktiviti daurah laa muhayyam laa. Dengan satu niat; mengembalikan USTAZIATUL ALAM. Ustaz kepada alam. Fuhh..

Sekarang anda pasti bersetuju dengan saya. Mereka ini sangat asing. Lebih asing dari makhluk asing. Ke cane..?

..BraderJepp..



Sunday 4 August 2013

‘Dua Watak’

Semoga ini bukan kita.. 

“Lan, pastikan article kau less than 400 words. Kalau tak, next edition kolum kau aku bg orang lain. Faham?”

“Ehem! Kena direct to the point je ni. Tak tahan mendengarkan leter si Hamdi. Mengalahkan leteran Pn.Gayah,  pensyarah matematik semasa aku di matrikulasi dahulu. Dan, itulah Hamdi yang aku kenal. Tegas, berpendirian, tidak kira lawan atau kawan. Dia tidak boleh membeza-bezakan. Tiada istilah ‘Dua Watak’ dalam kamus hidupnya ” bisik hati kecilku.

Sebentar! Saya ingin mengambil sedikit masa anda. Boleh tolong ambil cermin dan cerminkan diri anda. Errr, bukan cermin biasa tapi cermin yang diberi nama ‘Cermin Iman’. Untuk anda, saya dan kita sama-sama untuk mencerminkan kembali diri kita. Sejauh mana perubahan dalam diri kita setelah atok Ramadan telah berlari jauh meniggalkan kita.

Adakah kita ini hanya menjadikan tetamu atok Ramadan itu sebagai Tuhan. Tilawah, solat sunat, sedekah, menjaga mulut dari gosip liar dan caci maki. Semua itu hanya kita kenal ketika atok Ramadan itu bersama kita. Pergi Ramadan, maka lenyaplah ‘watak pertama’ dari ‘Dua Watak’ kita. Membuktikan bahawa kita ini bukan hamba kepada Yang Maha Pemurah itu bahkan Ramadan yang kita hambakan. Naudzubillah…

Pejam-celik, pejam-celik. Atok ramadan telah pergi. Berganti pula dengan abang Syawal. Pelbagai kerenah aku lihat. Ada yang melompat gembira ala-ala super ring lazat super ring riang. Ada juga yang menyambut abang Syawal ini ibarat merdeka keluar penjara. Bahkan ada pula yang teresak-esak tak ubah seperti tengok drama melayu petang-petang. Eh!

Baik, begini analoginya. Khas buat mereka yang gila drama. Hehe

Anda bayangkan, anda ada seorang insan yang paling agung dalam hidup anda. Ok, let say dia adalah ibu. Tapi, sepanjang hayat si ibu. Anda tidak pernah berbakti walau sedikit. Kalau ada pun cuma kiriman wang RM50 setiap bulan. Apa anda fikir dia pekerja anda boleh bagi ‘gaji’ setiap bulan. Apabila si ibu kembali kepada illahi, anda akan terlolong-lolong meratap perginya si ibu.

Kedua. Seorang insan yang anda sanjungi bernama sahabat. Pagi siangnya, digunakan untuk study, petang malamnya pula dia menjalankan tanggungjawab sebagai Hamba kepada Tuhannya. Suatu saat, dia menarik nafas terakhir. Saat nafas terakhir untuk dihembus, “Pergilah engkau sahabat, sudah sampai masa untuk kau berehat untuk selamanya”. Wah, drama habis ni!

Sekarang, saya tanya anda. Mana satukah anda? Adakah anda di golongan pertama; yang ketika atok Ramadan itu masih bersama kita, anda abaikan dia, anda buat kerja yang sia-sia, tidak menguntungkan anda apatah lagi islam.

Atau mungkin anda di golongan kedua; tiada sesaat pun anda bazirkan untuk ke bazar, shopping, bahkan hanya kerja-kerja sebagai abid dan khalif. Maka, dengan muka slamber anda akan berkata, “Apa ada hal bro, barang yang lepas usah dikenang. Umur panjang, insyaALLAH 11 bulan nanti jumpa lagi”.

Cuma jangan sampai terlupa. Fenomena ‘Dua watak’ ini akan berlaku jika anda menyambut abang Syawal itu ibarat merdeka keluar penjara. Anda tahu kenapa? Baik, cuba saya tanya anda, “Siapa yang paling seronok tak ingat akhirat bila abang Syawal datang menggantikan atok Ramadan”

Sudah tentu! Si syaitan laknatullah itulah. Errr, anda mahu jadi seperti mereka; menyambut kemerdekaan setelah sebulan dirantai, digari, dibelenggu. Kita pula ingin menyambut kerana letih dipaksa menahan nafsu, lapar dan dahaga. Dan kalau benar kita sedemikian rupa maka mungkinkah kita ‘Dua Muka’ itu. Naudzubillah…

..BraderJepp..

Alhamdulillah, brader jepp dapat meneruskan kerja2 dakwah ini di dalam kolum buletin di tempat belajar braderjepp. Harap anda dapat berikan semangat dan dorongan agar braderjepp terus tsabat di jalan ini. Biizdnillah..

Tuesday 30 April 2013

Tak tahu antara dua…

Yang mana satu...?


Hidup kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Anda setuju dengan saya? Atau anda ingin membantah? Sila tinggalkan komen. Senyum jelir lidah. Ehehe!

Anda tak percaya? Baik, cuba anda dengar bait-bait lirik lagu ‘suratan atau kebetulan’ by uncle Kenny and the gang. Ada satu line ni yang memang pergh! Macam tombak kena jantung rasanya. Sakit!

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Wow! Menusuk kalbu bukan? Nah! Sekarang pasti anda sudah mempercayai saya. Mungkin?

‘Errr, dia nak cerita apa pulak kali ni?’

‘Dah lama Brader Jepp tak jiwang-jiwang macam ni. Awhhh! So sweet…’

Errr, sekejap. Saya nak ambil baldi. Bluekkk!!!

Kadang-kadang kita akan dihidapkan dengan macam-macam pilihan. Bukan kadang-kadang bahkan selalu. Kalau lepak dengan kawan-kawan, nak tengok wayang ke nak main bowling.

Even kita dah decide nak tengok wayang pun kita akan berada dalam keadaan DILEMA. Ya! DILEMA untuk memilih. Inilah! Inilah yang ingin saya ungkapkan. Susah sangat nak keluar. Inikalilah! Errr…

Sila bayangkan. Anda seorang akh atau ukht. Ehhh? Apa tu? Ok lah, anda seorang ABDULLAH KHALIFAH. Errr, macam promote nama je. (Baca Kaulah! Siapa lagi?)

Situasinya, anda baru sahaja dapat sms cinta dari DIA. Anda terasa seperti ditikam di perut. Habis rosak usus anda. Jadi, anda turut ingin menikam sahabat anda yang lain.

 Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.
(Al-baqarah,2:6-7)

…….apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah Balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.
(Al-baqarah,2:85)

Errr, macam nak bertukar jadi angry bird la pulak rasanya. Kan senang, tak payah nak kena buat amalan. Dosa pahala semua takde kira. Boleh curi cacing, boleh langgar abam babi. Tak payah nak solat, tak payah sibuk-sibuk pergi daurah sana, tak payah nak berbulatan gembira. Seronoknya, alangkah!

Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.
(At-taubah,9:100)

Errr, tapi… Anda taknak kejar syurga DIA? Ibarat anda berada dalam pertandingan bola sepak. Anda dari kumpulan selangor. Dan anda sedang menentang Barcelona FC. Anda pula dijanjikan kemenangan. Dan itulah anda rasakan kemenangan terbesar. Anda taknak??

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-saff,61:10)

Anda ingat syurga tu murah? Kalau anda hendakkan sebuah Lamborghini, pasti anda perlukan usaha kerja keras ibarat bekerja seperti anda akan hidup 100 tahun lagi, bukan? Habis, syurga?

Syurga itu sumpah mahal anda tahu? Anda tahu syaratnya?

Sesungguhnya (surga) ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja.
(Ash shaffaat,37:60-61)

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)? Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Isra'il beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(As-saff,61:14)

Anda nampak permainan di situ? Ehehe!

Tapi! Anda yang terhegeh-hegeh inginkan kemenagan itu sedang menghadapi kesulitan yang boleh tahan besar juga. Apa dia? DILEMA!

 Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(As-saff,61:2-3)

Gulp! Cuak gila nih! Kalau cakap, tapi tak buat. Ajak orang buat itu, buat ini. Tapi diri sendiri terkapai-kapai. Buat dakwah sana-sini tapi still berlaga-laga mata dengan ikhwah dan akhawat.
Fuhh!!! DILEMA bro! Macam mana ni??

Baik! In case ada antara kita, anda atau saya memiliki dilema seperti ini. Bukankah lebih baik, anda menjadikan sms cinta dari DIA ini sebagai catalyst untuk anda bergerak lebih laju. Anda mungkin akan dapat memecut shinkansen (kereta api jepun).

Kalau anda mengharapkan diri anda menjadi perfect 100%. Saya yakin dan amat pasti, geng-geng malaikat akan turun dan berkata pada anda.

‘Tahniah! Anda terpilih untuk bersama kami!’

Istiqamah lebih baik, bukan?

..BraderJepp..

Berikutan hal bahawasanya, blog ini adalah milik penuh 3 ikhwah yang bertatih-tatih ke syurga. Masing-masing ada cara penulisan masing-masing. Maafkan kami atas segala kekhilafan. insyaALLAH post selepas ini akan saya perkenalkan dua ikhwah lagi yang bersama dalam perjuangan SYAHADATUL HAQ ini. Jzkk!