Thursday 28 March 2013

siapa kau??


SAHABAT

Baru2 ini, aku dikejutkan dengan sebuah berita. Ya, berita penuh kejutan. Sehingga aku benar2 tidak dapat mempercayainya. Tapi berita apa?

Adakah berita tentang Lahad Datu? Ahh, tidak! Itu sudah lama? Habis, berita apa? Bukan itu ke berita paling latest? Ya, bukan. Cerita tu dah nak habis la derr. Hehe

Hish, dah tu? Cerita apa pulak? Hmm, inilah cerita berlaku di institut tempat di mana aku menuntut. Tempat aku jatuh, tersadung, tergolek-golek sehingga tak daya diriku nak bangun. Tersungkur cintaku pada DIA. Cinta pada bulatan gembira. Cinta pada ikhwah2 seperjuangan. Cinta pada.... Ehem!! 

Heee~ senyum sambil buat tanda aman.

Jadilah seperti air terjun. Terjun bersama sahabat2nya... 

Dan cerita ini bermula apabila segerombolan pasukan yang baru balik dari bermain dengan air yang kecewa dan berhasrat untuk bunuh diri dan terjun dari tempat tinggi beramai-ramai. Bak kata pepatah omputeh. U jump, I jump! Awhhh, sangat la suwit! Pfftttt! Dan akhirnya mendapat nama air terjun. Ehhh?

Ok mengarut. Kbye. Ahaha

Sebelum mereka semua balik untuk pulang ke Kolej Separa Mahir Berenang-renang ke tepian. Mereka berhasrat untuk singgah di Pelabuhan Burung Besi. Mereka semua yang baru sahaja habis memenatkan diri yang tak laa berapa penat sangat tu dengan menghadapi ujian akhir ingin melihat abang2 mereka yang akan menaiki burung besi. Entah mana destinasi mereka agaknya…

Saat mereka bersuka ria. Tadi sudah hilang penat terjun bersama air. Kini melihat burung-burung besi berkicau dan berterbangan. Tiba2 mereka dikejutkan dengan deringan SayaTelefon Danny.

‘Kringg!!!’

‘Kachak’. Telefon diangkat oleh Danny. Eh, betul ke bunyi angkat SayaTelefon macam tu. Ehhh?

‘Assalamualikum’. Salam dimulakan pemanggil sambil senyuman terkuntun di bibir agaknya. Macam tahu dalam telefon. Ehhh?

Suara serak2 basah itu mengecutkan perut Danny yang memang dah kecut. Berpeluh dia mendengar. Bergetar lidah ingin menjawab salam. Seakan-akan kenal akan suara itu. ‘Waalaikumussalam’

‘Mintak maaf Danny. Ini saya Uncle R. Saya nak bagitahu awak. Awak terpaksa dipanggil untuk sesi duduk semula’

Danny tergamam. Seolah-olah mimpi. Dicubit pipinya 5,6 kali. Ahhh! Sakit! Ya, dia di alam nyata. Dia terpanggil untuk duduk semula. Dia bingung. Setahunya, dia telah buat sebaik mungkin dalam ujian akhir lepas. Kenapa nak duduk semula? Sudah lenguh punggung ini merebahkan diri di atas kerusi 2 jam separuh. Ehhh?

Setelah itu, banyak lagi SayaTelefon menjerit. Semua ternganga saat mengangkat jeritan itu. Walaupun tak sampai sekati pun beratnya, namun amat berat rasa untuk mengangkatnya. Angkat tong gas lagi ringan rasanya. Hmmm…

Saat abang2 menaiki burung besi. Mereka bergegas pulang ke kolej. Ada yang takut. Risau. Tak percaya. Malah ada ada mata menjadi Tasik Bera dek kerana menahan esakan. Belum hilang lelah, disuruhnya berlari semula. Manakan terdaya. Usain Bolt pun lepas lari 100m g minum Redbull dulu. Ehhh?

Elehh, tapi bila dah sampai bilik. Semuanya lupa. Hilang ingatan. Ibarat orang eksiden kepala jatuh dulu. Koma lepas tu hilang ingatan. Ehhh? 

Bukanlah, semua penat sangat. Tertidur! Ehehe

Matahari tegak atas kepala. Ya, hari ini sangat bermakna. Hari ini mereka akan joging, seterecing, wekaout dan sebagainya. Sebelum esok dipaksa berlari ganti-ganti 2 jam separuh berpagar. Ehhh?

Hari ini jugak semua pelajar akan pulang ke sarang. Ada balik ke Johor, Selangor. Tak kurang juga yang jauh ke utara sikit dari Perlis. Siam!! Sawaddikap... 

Wow!

Tapi aku hairan. Aneh. Pelik. Kagum. Terpegun. Hmm, macam2 perasaan bercampur. Kalau digaul boleh buat kek agaknya? Ehhh?

Ya, aku tertanya. Saat semua itik pulang ke sarang. Masih ada itik2 yang duk tercengung. Menunggu itik2 lain yang dipaksa melabuhkan punggungnya semula dia atas kerusi yang sumpah keras. Boleh krem kalau tak cukup fit. Ehhh?

Kalau yang dah terer tu. Aku takde lah pelik. Bolehlaa nak ajar budak2 ni. Terangkan balik. A to Z. 1 sampai 9. Tapi, yang tak terer tu duk buat apa. Si Epul antaranya. Lepas pun atas hidung. Kurang sikit lemas dah tu. Dia pun duk tercenguk sama. Bersama itik2 yang akan duduk semula. Hmmm, aku garu kepala yang tak gatal.

Tiba2, aku dapat surat cinta dari DIA.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali-Imran,3:103)

Nangis lelaju.

 Awhhh! Sumpah suwit kau Epul dan semua kawan2. Walau kau takde laa terer mana. Tapi kau ada jugak kat sisi Danny n de gang. Kau bagi support kat diorang. Hmm, aku pernah tanya kau. Asal kau sanggup buat macam ni semua. Kau pun mesti ada benda lain nak buat. Benda lagi penting, tapi kau ada jugak masa. Hmm, sumpah kau pelik.

Tapi, dengan selamba kau kata. Kau jawab.

‘Biarlah, aku nak jadi SUPER SAIYA

Haish, super saiya lagi. Apa benda laa tu.

Tiba2 Epul mencelah lagi. ‘Betul kau nak tahu?’



Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman. ALLAH dan Rasulnya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya. Dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana ALLAH. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api.
(Riwayat: Al-Bukhari)

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..
(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

Tasik Bera bertukar menjadi Air Terjun Niagara. Laju air mata tumpah…

..BraderJepp..   



3 comments:

  1. tertusuk peluru, tombak , bom,,
    dush dush deshing..adehh.....

    ReplyDelete
  2. banyak sngt direct translation nihhh, poning den, ahaha

    ReplyDelete
  3. perghh..lagu sedapp nih...tak aci ar

    ReplyDelete