Saturday 14 June 2014

Bertuah wahai engkau...

[Kredit]

Bertuah wahai engkau,
Makan minum,
Lantas terbang membelah awan,
Kadang mengepak lembut,
Di bawah naungan pohon rendang,
Nan kehijauan.

Bertuah wahai engkau,
Tiada langsung apa kau risaukan,
Tiada rahsia apa yang kau simpan,
Tiada amanah engkau dibebankan,
Apatah tanggungjawab,
Yang mesti kau tunaikan.

Sungguh,
Aku cemburu.

Alangkah indah jika,
Aku juga seperti engkau,
Bebas dari kejahilan,
Tidak kenal erti susah,
Yang kau tahu,
Terbang dan juga makan.

"Bertuah wahai engkau.."
Aku bisik dalam-dalam,
Agar ia tidak sampai hanya di cuping telinga,
Tersemat erat dalam iman,
Bukan hanya angan.

Kerana aku sebaik kejadian,
Ku bisik lagi bersama harapan,
Bertuah wahai engkau!

(Petikan dari: Monolog Abu Bakr as-shiddiq)

..BraderJepp..

Saturday 18 January 2014

Daie Touch n Go...

Anda hanya perlu 'touch' sahaja!

Assalamualaikum pembaca sekalian. Hujung minggu yang lalu saya dan beberapa ikhwah dari kolej saya yang namanya saya terpaksa rahsiakan, kami telah mengembara ke bumi utara. Atau dengan bahasa mudahnya 'JAULAH'. Errr, macam lagi tak faham je..?

Kami bertolak dari kolej kami beberapa jam selepas isya. Jaulah kami ala-ala ronbongan mak jemah bergerak dengan 4 ketul kereta. Jaulah kami turut disertai dengan ikhwah daripada Kolej Universitas Islam Selalu atau nama manjanya KUIS.

Seramai 18 ikhwah dari kolej saya telah mengikuti JAULAH ini. Dan.....Err, chopp! Macam skema sangat pulak..?

Ehem! Lipat lengan baju. Bersedia, fuhhh.

Sepanjang jaulah kami, saya amat tertarik dengan suatu episod dimana saat abam murabbi saya melalui tol di haiwey. Saat itu, dengan muka penuh gaya lagaknya mendekatkan sekeping kad yang tertulis 'TouchNGo'. Lalu, serta merta palang di hadapan terbuka dan baki kad tersebut terpapar di skrin.

Tak sedar tangan saya naik di kepala. Dan, menggaru-garu sebelah ubun-ubun kepala saya. Marah juga kepala saya digarunya walau tidak gatal.

Aneh..?

Jujur, itu bukan pertama kali saya ,menyaksikan scene seperti itu. Bahkan, saya juga pernah melakonkan scene yang sama seperti itu juga. Sumpah!

Tapi, entah kenapa saya terfikir..? Ya, bagaimana daripada sekeping kad itu dengan menyentuh sahaja ke kotak berwarna hitam itu, akhirnya palang yang tertutup tadi tiba-tiba terbuka. Apakah ia magis..?

Kalau benar, bermakna kita sudah hidup di zaman magis. Seperti yang saya saksikan di kaca ntv7 hari sabtu 7.30 malam. DORAEMON !
Baik, sila tampar pipi saya kerana terlebih berangan nampaknya... Dush!!

Setelah penat jari-jari lentik saya menggaru-garu ubun-ubun kepala. Lantas, laju mata saya mengalihkan pandangan ke cermin pandang belakang. Sambil membetulkan helaian rambut yang disapu lemah oleh angin pendingin hawa. Hati berdetik.

"Wahh, hensem juga saya ini." Errr, anda sila ambil baldi kalau tidak tahan dengan gurau kasar saya ini.

Terdetik lagi. "TouchNGo! Tugas aku sama seperti kau. Nangis...

Oleh sebab itu, sampaikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran. Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.
(Al-A'la' 87:9-11)

Anda sudah sedia faham. Peranan kita untuk menyampaikan islam. Memberi peringatan kepada umat manusia ini. Umat yang sedang nazak ini. Kita sudah faham benar tugas dakwah itu telah di campak ke pundak kita ini, saat rukun islam pertama kita ungkapkan. (Rujuk: Kau lah, siapa lagi..!)

Lantas, masa dan jadual harian anda pun telah diperuntukkan untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiyah semata. Pendek kata, 24/7 hidup anda untuk DnT. Wahh, itu terlalu ekstrim bagi saya...

Lantas, saya amat yakin dan pasti. Liku-liku, ranjau dan duri akan kita lalui. Ya, kerana jalan ini bukan dibentangkan dengan karpet merah atau taburan beras kunyit dan renjisan air mawar. Ehhh

Bahkan ! Jalan ini penuh dengan mehnah dan cabaran. Anda yang sudah lejen akan merasa setuju dengan saya. Maka, dengan itu. Kita akan alami, di mana tidak semua kerja amal dan dakwah kita tidak mendapat tempat di hati masyarakat atau individu yang ingin kita sentuh.

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya.
(Al-baqarah, 2:272)

"BraderJepp, mata anda merah. Tidur lambat sangat ke semalam..?"

Ya, itulah tugas anda. Itulah tugas seorang da'ie. Menyentuh jiwa-jiwa yang masih kosong untuk kita isi dengan nilai-nilai tarbiyah yang di ajar oleh rasul tercinta. Agar segala karat dan sisa jahiliyah itu dapat kita kikis.

Dan, tugas kita itu sama jugalah seperti kad TouchNGo tadi. Kad itu, kita hanya sentuh di kotak hitam yang disediakan. Selanjutnya, bukan tugas kita untuk memastikan palang itu terbuka atau tidak.

Segalanya adalah kerja sang engineer untuk mengerjakan bagaimana cip pada kad itu berfungsi. Mereka yang akan siasat sistem bagaimana yang digunakan agar akhirnya palang itu terbuka.

Cuma, kita harus memastikan baki di dalam kad itu mencukupi agar boleh digunakan untuk membuka tiang itu. Tidak boleh lah kita menyalahkan engineer pula sekiranya palang tidak terbuka tapi, duit dalam kad itu tiada. Gila itu namanya.

Nah, sekarang anda nampak permainan di situ..?

Tugas kita sebagai da'ie itu sekadar menyentuh hati mad'u (target dakwah). Selebihnya, terpulang pada Allah untuk menghantar auntie hidayah atau uncle taufiq kepada mereka.

Untuk kita manjadikan proses penghantaran auntie hidayah dan uncle taufiq berjalan lancar. Kita harus memastikan ilmu di dada kita mencukupi. Agar nanti, tidak lah dikatakan sesat atau syiah pula.

Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman. Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.
(Yaseen, 36:10-11)

Dan, peringatan untuk da'ie dan saya sendiri. Sekiranya terbuka palang itu, atau tersentuh jiwa kita mad'u tadi. Anda harus ingat anda hanya sebagai kad TouchNGo SAHAJA !

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar"
(Al-hujurat, 49:17)

-BraderJepp-