Saturday 2 March 2013

Super Saiya Itu Tidak Mustahil !!!

sumpah tipu siapa tak pernah layan...

Dulu, masa aku kecik-kecik. Sentiasa dihidangkan dengan hidangan yang lazat. Bukan je lauk panas mak aku je. Jajan, lolipop, chokichoki dan macam2 laa. Tapi, paling lazat dan takde benda yg lagi lazat aku pernah rasa , hidangan kartun.

Pergh, nak citer sanggup laa marah mak sebab tak kejut awal. Bukan nak subuh, tapi tak terlepas tengok cerita kartun yang start dari pukul 9 sampai tengah hari pukul 12. Sanggup laa tahan kencing berak, tak sarapan semua. Sebab takut tinggal walau sesaat kartun ni. Ahaha

Dan yang paling wajib tengok dulu, Dragon Ball. Cerita yang menjadi kegilaan ramai kanak-kanak(kadang2 bapak aku tgok jugak). Dari dragon ball z sehingga laa pusing balik sampai dragon ball y. sehingga dah takde huruf lagi. Ehhh?

Tapi, standard laa kann budak2. Belum matang baligh lagi. Kalau orang tua2 kata, tumbuh bulu pun belum. Ehhh?

Tapi kan, tahu tak kita yang ada sorg budak kecik ni dia pernah berdialog ngn cikgu dia waktu kelas. Lebih kurang macam ni laa cerita dia. (dimodenkan untuk mudah difahami)

‘murid2 sekalian, bukak buku hadis muka surat blablabla, siapa tak bawak berdiri sampai habis kelas. Sudin 
, baca hadis tu bagi satu kelas dengar, kalau tak kamu pun saya suruh berdiri’ (macam cikgu melayu dedulu laa pulak)

Dan, sudin pun membaca  laa hadis tu dengan seram sejuk sehingga rusuk kirinya kearana takut didenda oleh cikgunya itu.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sehingga menyentuh perasaan seorang budak kecik yang bernama muhammad al-fateh. Lantas dia bertanya gurunya.

‘Cikgu, nabi ada cakap tak siapa orang yang bukak tu’

‘Takde ya muhammad, kenapa kau tanya?’

‘Ok, kalau macam tu, saya nak jadi orang yang nabi cakap tu, amacam cikgu boleh?’

gambar sekadar hiasan...


Maka setelah itu, takde lagi waktu bersenda gurau, bertepuk tampar, mahupun main kejar2 polis entri dan sebagainya. Apatah lagi masa untuk menonton dragon ball. Ehhh?

Sumpah tipu, kalau dia tidak mencemburui member dia yang main polis entri, main kondakondi dan nyorok2. Tetapi, dia telah berazam dan bertekad menyahut cabaran dirinya untuk menjadi individu seperti yang ada dalam hadis rasulullah itu.

Tahukah anda siapa budak kecik tu. Yup, Sultan Muhammad al-fateh! Pembuka constantinople pada umur beliau 21. Kita 21 buat apa? Melangut depan tv. Tengok dragon ball lagi. Alahai….

Kejap, macam dah lari cerita nampaknya…

Ya, berbalik cerita dragon ball. Hmmm, siapa kenal goku? Bezita? Gohan dan sebagainya? Conform laa kenal, dan aku rasa korang lagi hebat kuta hafal nama watak ni. Ahaha

Mereka ni semuanya, mempuyai kuasa yang sangat hebat. Tahu tak? Tapi apa? Yes, itu laa dia super saiya. Mereka boleh berubah sehingga super saiya kesembilan.

Aku sebenarnya, masa kecik dulu. Pernah jugak laa ada teringin nak jadi super saiya tu. Lepas tu, bila besar sikit, belajar laa pasal doa yang dimakbulkan dan tempatnya. So, aku pun fikir, ‘ni kalau pergi mekah mesti boleh termakbul doa aku nak jadi super saiya cam goku, huih bestnya‼’

Bila besar sikit lagi baru laa tahu. ‘Laaa, itu kartun je rupanya, mmg tak laa nak dapat macam tu. Kena tipu aku rupanya’ ketawa kecil kedengaran di lubuk hatiku.

Bila besar banyak sikit, dan terpengaruh dek hasutan abg2 ikhwah ni. Maka terjebaklah diriku dalam bulatan gembira.

 Haaa, ni laa yang nak cerita haritu. Inilah sebenarnya yang membuatkan kami rakyat bulatan gembira seronok untuk membuat bulatan, apa dia? Rahsia Menjadi Super Saiya!



Apa rahsia dia sebenarnya, mari kita lihat hadis rasulullah yang berbunyi:-

Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka.
Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”  

Kan, percaya tak sekarang. Yang super saiya tidak mustahil. Tapi kena ingat laa. Nak jadi super saiya ni bukan nya dengan menghadap laptop tengok dragon ball ke. Buat homework sampai tinggal solat ke. Main futsal tak tutup aurat ke. Ehhh?

Macam dalam hadis, rasulullah ada bagi syarat. Apa dia?

Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama merek.

So, senang je syarat dia. Kita kena jalinkan semanagat perpaduan ukhwah kita sesama islam. Bukan nya dengan berpasang-pasangan seperti merpati terbang dua ataupun manusia menonoton wayang. Ehhh?

Jadi, jom kita mengasihani dan mencintai sahabat-sahabat islam kita dan jangan kita menyakiti hati mereka. Tak susah pun sebenarnya, cuma perlu tanyakan khabar iman mereka. Tegur menegur ketika syaitan menghasuti untuk buat perkara mungkar. 

Jadi, ajak lah sahabat anda mencari jalan ALLAH yang sebenarnya. Ini Peranan Kita!!! 


..BraderJepp..


P/S: Sorry laa wahai sahabat bulatan gembira ku. Kalau2 terpaksa menggunakan kalian untuk menjadi super saiya. Baru laa boleh sama2 jadi SUPER SAIYA. Insya ALLAH....

No comments:

Post a Comment