Friday, 15 February 2013

What Makes You Happy ???

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Akhirnya, boleh jugak letak lagu dalam blog aku ni(noob gila kan baru taw XP). Amacam lagu ni? Best tak? Ni sebenarnya doa mathurat yang korang baca tiap pagi ngn petang tu. Penuh dengan makna kut. Sila hayati....

nampak gembirakan bulatan ni??



So, ini ke yang buat aku happy? Mungkin, siapa tahu? Tapi, tak tepat kut. Sebenarnya, tadi geng OMOSHIROI MARU aku tetiba ramai. Eh, 'OMOSHIROI MARU' tu apa? Takde, itu word in japanese. Maksudnya, BULATAN GEMBIRA. Tapi, apa yang gembiranya? Nak tahu? Next post aku cerita. Tapi yang pasal awek tu tak story lagi. Sabar laa, satusatu. :P

Sebenarnya, bukan seronok apa pun. Cuma rasa happy. (sama je kut happy dengan seronok) Happy sebab makin ramai kawan2 aku ni nak faham apa itu islam . Bukan 'Islam' taw, 'islam'. Dah bgtaw kan last post. Ehehe. Eh, seronok taw sebenarnya join benda macam ni. Ini tak, kita selalu kalau dengar je benda macam 'masjid', 'surau', 'solat jemaah', 'usrah', 'agama' mesti rasa macam allergic semacam. Korang taw sebab apa?? Ha,,,,

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).


Apa nabi kata kat atas? Nabi kata, islam ni datang asalnya asing. Macam kita tengok dulu laa. Nabi nak dakwah sampai kena sorok2. Kalau tak, habis laa kena ejek ngn uncle Lahab and konco2nya. Pastu, nabi kata lagi. One day, islam ni akan jadi asing balik. Tapi, untung laa org2 yg asing tu.

Kat sini, aku tafsirkan beruntung tu kira macam happy laa. Tapi, kenapa nabi kata. Org2 asing ni beruntung? Dapat elaun ke, gaji ke, biasiswa ke? Bukan laa. Cop! Org2 asing ni siapa?

Ok, laa. Aku bg contoh senang. Org2 asing ni macam korang laa.(suka lettuw) Yang masih terus baca post2 aku yang mengarut ni. Kenapa? Sebab, zaman ni aku rasa semua sibuk nak baca pasal, gossip artis itu cerai, kahwin la itu laa ini laa and blablabla. Tapi, masih ada org ‘asing’ macam korang still ada rasa nak fahami islam. Dan seterusnya mengajak kawan2 korg, family, cikgu dan sbgainya. Mungkin?? In sya ALLAH.

Kejap, asal diorg ni beruntung, gembira, happy bagai? Ahaha. Ok, macam ni. Korang pernah minta bantuan kat sesiapa kalau ada problem apa? Tipu laa kan kalau kata takde. Ok, aku buktikan kat korang. Korang sebenarnya, minta tolong kat DIA 17 kali sehari.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ                                     
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Kan, betul tak? Haa, tu laa. Aku cakap tak caye. Ni yg nak merajuk ni(π_π). Ahaha, takde laa. Geli aku nak merajuk2 ni. So, apa kaitann dia? Haa, jadi aku nak kata kat sini org yang beruntung tu je laa yg DIA akan tolong.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ                  
Wahai orang yang beriman, kalau kamu membantu (agama) Allah nescaya Allah membantu kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu

Smart en ayat2 DIA. Semua macam berkait je. So, ini laa aku nak cakapkan. Kalau kita nak DIA tolong kita. Apa, kata kita try dengar cakap DIA. Tolong DIA dulu. Lepas tu, kompem kita akan dapat rasa dia tolong kita. Mungkin bkan sekarang, tapi one fine day. Yela, takkan tak caye kut cakap dia. So, kalau percaya. JOM kita try jadi org ‘asing’ ni. Barulaa dapat rasa apa erti happy sebenar.


..BraderJepp..



Saturday, 9 February 2013

beza 'i' dan 'I'

assalamualaikum...
apa khabar korang semua? aku sihat je. ngantuk sikit laa tapi tak boleh tidur. eh, macam mana tu? ngantuk tak boleh tidur. macam lapar tapi tak boleh makan ? hmmm, pelik kan? tapi, kalau kita suka kat sorg perempuan tu tapi malu nak bgtaw. eh, apa ni? merepek lagi. haish, malu aku. ahaha.

dah, cukup jangan gelak!(macam lawak nak ada org gelak) okay, dah cukup. kita sambung cerita pulak. "haish, apa pulak laa mamat ni nak cerita en? beza 'i' dengan 'I'. mesti laa sama. semua orang taw". ok, dah taw takpe tekan butang x kat atas tu. ehhhh, jangan! rileks ahh. gurau je.

takde apa, cuma nak tanya korang kalau taw beza 'islam' dengan 'Islam'. taw tak?(tadi dah bgtaw kut). kalau tanya kat cikgu BM aku dulu mesti dia taw. hangpa yg terer BM boleh laa kut jawab.

ok laa, bagi klu la sikit. yang huruf besar tu kata nama (AM) kalau kecik tu ? haa! teka ahh teka. "kata kerja??" ehh, betul! mana taw? "terer BM kan, nak buat lagu mana?"

'i'slam bukan 'I'slam :P
so, apa beza islam kata kerja dengan islam kata nama ? beza dia senang je, yang kata nama is just like org selalu kata laa. 'minah tu nama je islam' 'mamat tu islam dalam I/C je'. haa, macam tu laa. faham kan?

eh, kejap aku pelik sebenarnya, asal orang ramai pakai mamat ngn minah eh? kesian gila kut siapa yang nama mamat ngn minah. (hopefully, takde org nama mamat ngn minah yg baca post ni)dah mengarut balik.

ok, yang kedua islam kata kerja ni, macam korg laa(insyaALLAH) islam yang mempraktikkan, yang mengamalkan. bukan setakat dalam I/C or whatever. ini laa yang kita nak. betul tak? baru laa kita dapat membina individu muslim seterusnya mencapai semula taraf USTAZIATUL ALAM. eh, apa tu? macam sedap je nama. boleh bagi nama anak ni. ahaha. suke hati korang laa.

so, kat sini aku tinggalkan persoalan. korang yang mana? 'i' kecik ke'I' besar? Hehe


..BraderJepp..


Thursday, 7 February 2013

Kereta rosak? Apa nak buat ye???

Assalamualaikum wbt...
rosak pulak...

eh, apasal tetiba kereta rosak ni ?(bukan kereta aku, aku pandai jaga kereta okay). ahaha. haa, korang semua mesti dah ada lesen kereta kan? kalau takde pun, redah je laa bawak en. apa ada hal, setakat polis ngn jpj pun nak takut apa(jangan ada polis baca post ni dah la, LOL).

eh, sebelum aku merepek macam haritu baik aku direct je en cerita. nanti berjela pulak post. homework tak siap lagi ni, so aku straight to the point je laa eh. tapi, before tu aku nak tanya korang laa. apa korang akan buat kalau....

mana org??? seramnya....

satu malam ni, korang drive kereta sengsorang. dah pukul 2pagi dah . korang nak balik kampung. ada hal penting la katanya(macam drama melayu pulak la) jalan tu kosong je, takde orang langsung lalu. kalau ada pun dalam 1jam 1kereta. tetiba korang bawak kan, kereta korang mati. masa tu, memang dah meremang dah laa bulu roma.

betul tak? and kompem korang akan bukak deskboard kereta korang. cari CD mengaji, nashid ke, bukak radio ikim ke. kankankan? ahaha. yela, nak bukak al-quran baca memang tak laa. last mengaji pun masa darjah 6 ada khatam al-quran masa hari anugerah UPSR(macam aku je tu  :P) so, huruf, baris, panjang pendek semua dah tak ingat. nak baca macam mana kan?

lepas tu, kompem korang akan bukak fon kan? bukak contact, search no siapa yang korang boleh nak call mintak tolong. tetiba call, dengar suara minah mana entah yang jawab 'maaf, anda berada di luar kawasan' masa tu, rasa nak campak fon laa kan. tak guna punya celcom, (sorry eh, celcom user  :P). masa tu jugak laa nak salahkan line. padahal korang tu dah taw nak balik kampung jauh2 service la kereta tu dulu. 'tapi, dapat emergency call, mana sempat' ok la, alasan diterima. ahaaha.

tetiba korang pun terfikir, 'apa kata aku betulkan kereta ni'. haah! memang korang taw pun pasal kereta ni ! minyak hitam pun tak taw letak mana. berangan!! naknak, perempuan, taw drive je(jangan marah ehh kaum hawa XD)tak kisah la kan , sebab masa tu. korang cuma ada dua pilihan je,

1)keluar kereta cuba betulkan apa yang boleh. tak kisah la reti ke tidak . at least korang mencuba. ''tapi takut pulak kalau keluar pastu ternampak 'cik kiah' jalan takde kaki''

2)tak pun stay dalam kereta sampai pagi. lepas tu, baru tahan kereta yang lalu situ. nak tahan kereta yang lalu waktu pukul 2 tu takut tertahan abg john takde kepala.

habis, apa nak buat ni. semua ada je benda yang tak patut datang nak datang. korg fikir punya fikir. 'hah! kereta ni mesti ada manual dia sendiri. apa kata aku bukak manual ni, baca pastu boleh laa kut aku betulkan'
betu tak ?

pandai rupanya korang ni berfikir di saat genting macam ni. (jangan perasan, aku yang bagi idea ni) korang pun keluar dan berusaha membaiki kereta korang tu. ok, laa sekian sahaja post ni. GUD LUCK betulkan kereta tu. bye!
manual untuk manusia, tak nak baca??

 وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

 Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.

eh, apasal ni? kata dah habis? tetiba ada ayat al-quran apa kes. 'bajet alim mamat ni apahal pulak'. ha, ni ayat paling aku panas. allergic sangat ke ngn ayat quran. baca sikit, bajet alim laa apa la. ha, kan dah maraj ni. sabar jepp sabar,,,,, 

ok, sorry merepek lagi, ahaha. ok laa, aku nak cerita sikit laa apa kaitan cerita tadi dengan ayat ni. sebenarnya kan, korang taw tak setiap benda yang kita beli macam laptop ke peti ais ke kereta ke semua ada maual dia sendiri. kita tak perasan sebab tak pernah nak baca pun. bajet dah reti guna. tapi, pakai baru 2,3 bulan dah rosak. then, salahkan product tu tak tahan lama. kesian company tu, dah buat elok2 siap bagi manual korang tak baca lepas tu rosak salahkan org yang buat. 

ok, dah nampak belum point kat sini? apa?? tak nampak lagi. berjela taip ni tak dapat lagi? ok , laa aku sambung lagi laa sikit. actually, macam ni. ok, let say kita samakan kita ni dengan kereta. bila kita rosak, maksudnya ada masalah ke ditimpa musibah ke, apa ke kan. 

so, apa kita buat? kita cari manual kita. apa manual kita? tak tahu ? haish, ni yang nak marah lagi ni. ehehe. sorry, gurau. cuba baca ayat kat atas tadi, dia kata apa? al-Quran diturunkan untuk  jelaskan sesuatau dan sbg petunjuk . kan ? 'eh, kenapa pulak ? apa kaitan? ada masalah, selesaikan laa sendiri?' 

haa, tengok! nampak tak kaitan dia kat situ. korang bajet taw semua pasal laptop korang sampai malas nak baca manual lepas tu, kejap je dah rosak. sama laa macam diri korang. sebenarnya, al-Quran ni turun untuk selesaikan semua masalah korang? kenapa?

 ok, aku tanya korang siapa yang buat manual laptop asus?(laptop aku tu weh) mestilah orang yang cipta laptop asus tu kan? kenapa korg percaya dengan manual tu? sebab, hanya org yang buat tu je laa taw semua benda pasal laptop tu kan. dari A sampai Z. 

so, sama laa macam ALLAH swt. dia taw semua masalah manusia. DIA bagi korang masalah tu. sebagai ujian, DIA nak tgok korng pakai tak manual yang dia bagi tu. ok, dah nampak kan? so, yang lain tu terpulang kepada kita. dan, aku taip panjang2 ni untuk peringatan aku sebenarnya memandangkan takde orang pun baca post aku(alahai sedihnya bunyi). 

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya 

ha, lagi satu aku nak tambah. korang tu kalau ada problem, tak payah nak cuak ke apa laa eh. sebab ALLAH dah kata dah dia takkan bagi apa yang korang tak mampu. asal ? tak caya kat DIA? tak caya sudah. lantak korang ahh kan . ok, nak sambung buat homework math? siapa nak tolong, angkat tangan siket? dahdah! merepek je..kbye. ahaha


..BraderJepp..

Wednesday, 6 February 2013

Ada lampu, baru nampak jalan...

assalamualaikum korang. apa khabar ye anda semua? eh, aku cakap ngn siapa ni? bukan ada orang baca pun blog aku. ahaha, lantak laa. cakap sorg2 pun seronok apa. ahaha.

haa, cakap pasal sorg2 ni kan, aku nak story ahh kat korg. aku ni sebenarnya seorang yang bising laa kalau dalam kelas. selalu sangat nak mencelah apa cikgu cakap. belajar jepun, so cikgu cun macam tu siapa tak nak ajak borak kan? ehehe.

haa, nak dijadikan cerita, semenjak dua ni aku bising je laa macam biasa. tapi, tetiba cikgu2 jepun ni macam perasan kebisingan aku. jadi, diorang telah menukarkan tempat duduk aku kat hujung. so, memang sangat membosankan laa. lepas tu kan, aku pun merepek laa macam biasa. tapi, pasal aku duduk hujung cikgu asek tak dengar aku cakap. lepas tu, budak2 semua gelakkan aku.(puas hati laa tu tgok cikgu tak laayan aku).

lantak korang ahh, aku nak diam dah lepas ni! tapi lepas tu, bila aku start diam satu kelas pulak diam. tanak pulak cakap. bila aku bising korang tahu nk marah aku. haaa , kan dah maarah ni. sabar jeppp sabar.....ahaha. so , nampak tak kepentingan aku kat kelas tu. aku senyap je, semua senyap. ahaha(ok, perasan jap) :P  .

eh, aku dah macam lari topik je apa aku nak cerita. sorry sorry. okay, masuk balik apa aku nak cerita untuk post kali ni.
gelapnya....

korang penah tak mengalami black out yang sangat teruk gilagila. ahaha, macam teruk sangat je bunyi. lantak laa. tak kisah laa asalkan gelap. so, bila gelap gila macam tu compem ahh memang tak nampak apaapa en?

okay, ni laa aku nak cerita ni. jengjengjeng! haa, seram laa tu. takde laa, ni bukan cerita hantu. macam ni, ada suatu hari tu, ada laa sorg mamat ni terbangun dari tidur. sedar2 dia bangun gelap je bilik dia. black out laa kut. so, dia pun jalan nak cari suis lampu. tengah2 dia jalan tu, tetibe dia terlanggar satu benda. keras gila benda tu. macam nak berdarah laa kaki dia dibuatnya. dalam hati dia, 'kuang hajaq punya batu. lakhnat mana yang letak kat bilik aku ni!!'

dia pun jalan laa terus nak g bukak lampu. lepas tu baru laa dia boleh nak bantai siapa yang letak batu tu kat situ tu. tengahtengah dia jalan tu, dia terpijak satu benda pulak lembut je benda tu. hah! korang jangan pikir macam2 pulak. bagi aku habis cerita dulu. kali ni dia cakap dalam hati dia 'alamak! ruginya aku . mesti aku terpijak puding jagung mak aku buat semalam ni' dia pun jalan depan lagi sikit untuk mencapai suis lampu.
haaa, terang pun...
bila di bukak je terkejut beruk dia bila pusing belakang balik. nak taw kenapa?

ha, benda keras yang dia tengok tu rupanya emas. mana tak terkejut dia. siap dah mencarut maki hamun bagai dah. untung aku dapat emas free free je. tetiba dia menjerit terkejut lagi sekali, yang tadi dia terpijak benda lembut tu rupanya ular. 'pergh, nasib baik tak kena patuk'. okay, dah laa itu je aku nak cerita. korang fahamkan ahh sendiri ehh. bye!

haaa, rilek ahh jangan ahh marah. okay, aku citer ahh sikit. sebenarnya aku nak bagitahu laa hidup kita ni sebenarnya sama macam kedaaan dalam bilik tu. gelap gelita. nak jalan tak nampak, sampai kita tak boleh beza benda baik dengan buruk. emas kata batu. ular kata puding jaung. ada ke patut. nak tahu kenapa jadi macam tu.

sebabnya, kita tak nampak jalan. jalan tu sama laa macam HIDAYAH ALLAH dalam kehidupan kita. kalau tak dapat hidayah DIA kompem ahh kita tak nampak apa kat depan kita. apa yang kita sangka baik, padahal benda tu sangat buruk dan dikeji ALLAH. benda yang baik pulak kita kata buruk laa, takde fungsi, bodoh , itu ini macammacam kita kutuk hina semua.

so, sebab tu ALLAH suruh kita mintk dekat dia hidayah tu. tahu tak kita wajib mintak hidayah tu 17 kali sehari. ha, mesti tak tahu kan, okay ni aku bagi taw.                                                
                                                      اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ     
               صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
maksudnya:
   6)  Tunjukilah kami jalan yang lurus.             
   7) (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka;bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


ha, taw kan kat mana kita baca benda ni. setiap rakaat kena baca dalam solat. so, kalau kita nak dapat 'emas' senang je kan ? baca je benda ni '17kali sehari' . komfem laa korang akan nampak emas tu.

sekarang pilihan kat kita sama ada nak dapat 'emas' tu ataupun tak. kalau korang nak kena patuk ngn 'ular' tu, tak payah laa baca dua ayat ni. ngee


..BraderJepp..


P/S: JOM bukak lampu

Monday, 4 February 2013

kenapa tetiba nak ada blog ni?

pergh! aku ada blog la. tak pernah aku terfikir nak ada blog ni.
best ke bolg ni??
sebenarnya laa en, dah lama jugak laa aku tertanya-tanya. apasal laa budakbudak ni rajin sangat nak ada blog. tak rasa rugi masa ke. baik laa pergi lepak je ngan kawankawan. main game ke futsal ke tengok bola ke. kalau dah bosan sangat pun, baik laa pergi tidur. buang masa je laa ada blog ni. nak update lagi. pelik betul aku.

haa, mesti korang tertanya-tanya enn. 'brader ni kutukkutuk orang, tetiba dia buat jugak blog. gila agaknya.' ahaha! korang pernah dengar jawapan macam ni tak? 'tak kenal maka tak cinta'.

pergh, karat plak mamat sorang ni enn. ahaha. tapi tu la hakikatnya. dulu, aku tak kenal pun blog tu apa? apa gunanya blog tu? apa rasa ada blog? siapa nak baca kita type panjangpanjang macam ni? lepas tu, persoalan ni laa yang buat aku rasa 'eh, nak try laa ada blog'.

bila kesepian menyelubungi...
lepas tu kan, sejak dua menjak ni, aku rasa macam sunyi. banyak sangat benda nak cerita. perasaan, kesedihan, keseronokan. tapi nak buat camne enn, muka tak hensem. takde awek laa nak story apaapa. 

apa itu cinta??

hah, cerita pasal awek ni. aku ada benda yang seronok laa untuk dikongsi. dulu kan, alaaa!! ada orang nak main fogging pulak. lain kali laa aku sambung cerita. sekian laa untuk 1st post..


..BraderJepp..