Sunday 10 March 2013

Cinta?? Apa tu??

cinta itu buta? cinta ibarat kain putih?


Tadi lepas breakfast, aku dikejutkan dengan suatu persoalan. Bukan persoalan daripada penyoal kepada orang yang disoal mahupun persoalan matematik ataupun fizik. Ehhh?

Ya, hidup kita sangat memerlukan persoalan. Persoalan dan kehidupan kita ni sebenarnya tak ubah seperti ungkapan cinta yang tidak terbalas. Menanti dan menanti tanpa ada sebarang jawapan. Last2, kahwin ngan orang lain jugak. Alahai..

Seperti biasa, penulisan terganggu dengan kekarutan yang membelenggu jiwa. Ribuan ampun dipinta. Hehe

Chopp, Jepp! Apa persoalan tadi? Cerita tak habis laa.

Persoalan ni, wujud dah lama dah. Dan aku yakin jugak, korang mempunyai persoalan yang sama. Cuma, dek kerana sudah tepu kepala otak kita dengan masalah dunia, masalah matematik, masalah study, masalah kekasih. Ehhh?

Yeah, persoalan itu adalah tentang cinta, kasih sayang, dan jodoh? Ehhh, jodoh,?  Apa tu? Macam kuih yang Cik Temah jual tepi jalan tu ke? Elehahh, buat tak tahu pulak laa…

Sebelum tu la, aku nak utarakan la janji aku dahulu. Cerita tentang awek? Ehh, muka yang tak hensem macam Brader Jepp ni ada awek??

Ahahahaha. Terbahak berguling-guling!

Kalau sahabat pun ada zaman jahiliyahnya. Sumpah tipu kalau aku takde. Bahkan sekarang ini pun, masih belum keluar dari kejahilian ini. Entah bila aku mampu….
kumbang mencari bunga...

Dulu,
Akulah hero gadis-gadis,
Akulah yang  macho bergaya,
Tiada yang kacak melainkan aku,
Akulah romeo,
Lelaki idaman wanita seluruh pelusuk dunia.

Bukan satu,
Malah bukan dua,
Entah berapa aku tak mampu mengira,
Wanita yang pernah aku dampingi,
Yang aku belai,
Sehingga sama-sama terleka,
Dibuai mimpi,
Belaian nafsu,
Bisikan iblis.

Namun aku buat tak tahu,
Seolah-olah dunia tiada penhujung,
Akhirat tidak wujud,
Tuhan tidak berkuasa,
Hidup tiada tujuan,
Berseronok menjadi matlamat hidup.
Lalu aku terus longlai,
Melayani keseronokan dunia,
Merasai kepuasan cinta,
Kenikmatan ber’couple’,
Sudah satu bunga busuk,
Satu yang lain aku singgah,
Semata-mata merasai kemanisan bunga.

Sampai satu masa,
Aku letih,
Penat dan semput,
Untuk terbang dan mencari bunga-bunga,
untuk dirasa manisnya,
aku baru sedar,
semua bunga sama rasanya,
mula-mula,
manisnya sehingga boleh kena diabetes.

Suatu masa,
Aku singgah di bunga yang sangat aku suka,
Aku cintai,
Aku nekad,
Bunga inilah, akan aku bawa,
Terbang ke sarang,
Untuk aku tanam semula,
Dan aku cambahkan ia.

Tapi,
Aku tak perasan,
Aku terlalu cintai,
Terlalu membelai,
Sehingga aku tak terlihat,
Ada duri pada bunga itu.

Ahhhhhhhh!!!!!!
Aku menjerit,
Kesakitan yang tidak pernah aku rasai,
Aku salah singgah,
Bunga tidak menghiraukan kumbang,
Kumbang yang digilai ramai.

Nah!!
Rasakan kau wahai kumbang!
Baru ku tahu,
Bunga bukanlah sepatutnya yang kumbang cari,
Ada benda lain,
Yang kumbang perlukan,
Lebih dari bunga.

“Jepp!! Kejap, nak amek baldi. Nak muntah dah ni hoiii dengar sajak kau.”

Laa, kata nak cerita pasal awek, kena laa karat sikit. Ahaha

Dan, itu laa, cerita pasal awek. Takde apa pun, cuma itu laa. Mr Ansor penah cakap, experience is the best teacher. Lagi satu, aku amat tak setuju laa dengan kata-kata Miss Zila, let bygone be bygone. Aku lagi suka Encik George Santayana cakap, siapa yang melupai sejarah, konpem buat lagi.

Sebab tu jugak laa, masa kita kecik dedulu, mak ayah kita rotan pakai penyapu la, tali pinggang, kadang2 kalau ada hammer kat sebelah, dah ketuk dah kepala kita. Sebabnya, nak pastikan kita ingat benda tu, so that kita tak buat dah laa lepas tu.

Angkat kening sikit. Bangga! Fuhh

Actually, yang menyebabkan aku terfikir dan rasa nak share dengan kalian sekalian, aku terdengar murabbi aku bgtaw ayat ni.

 Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
Ar-Rum (30:21)

Dush! Bunyi peluru terbang di dada aku. Sakit rasanya. Aku menjerit. Ahhhhh!kena pulak ayat tu dengan aku. Macam taw2 je abg ni zaman jahiliyah aku yang mungkin belum berakhir.
subhanallah, indahnya islam...


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur:26)

Bomm!! Kena lagi aku, kali ni peluru terkena tepat dada bahagian kiri. Sakit! Aku perlukan rawatan. Abg, tolong bang sakit bang dengar ayat tu. Tepat kena sasaran. Rawat saya bang tolong!!! Aku tak berdaya untuk berkata apa-apa lagi. Aku hanya menjerit di dalam hati. Nak nangis malu. Nanti ikhwah semua 
gelakkan aku. Tidak, aku perlukan ubat!!

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur:26)

“Ehh, abang!! Ni ayat sama ni. Saya tanak ayat sama. Nak ubat. Takde ayat lain ke?”

“laa, ubat la tu. Dalam tu laa ada peluru, dalam tu laa ada ubat. Cuma abang nak kasi enta ubat antibiotic sikit.”

 “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. 
(Muhammad : 7)

“eh, bang, kenapa abang kata ni ubat antibiotic?”

“kalau sakit, kita pergi klinik kan? Apa ubat yang selalu sangat doktor bagi. Kadang-kadang kalau kita sakit benda lain pun, ubat tu jugak dia kasi”

“hmmm, antibiotic laa kut”

“haa! Pandai pun. Masa doktor bagi ubat tu dia kata apa?”

“dia suruh makan selalu laa, tiap-tiap hari. Sampai habis. Tapi kenapa bang?”

“ok, see the point? Sebab tu laa, ayat ni sangat universal dengan apa-apa masalah yang enta ada sekalipun. Dan, enta kena fahamkan ayat ni betul-betul . Dan baca lah ayat ni kalau enta rasa ada masalah ke apa. Percaya laa ALLAH. DIA kan tak pernah mungkir janji. Lagi satu, jangan baca je, amalkan sekali ehh. Bantu laa AD-DEEN ni, macam mana cara sekali pun.”

Kelopak mata seperti tasik, dan tiba-tiba menjadi air terjun niagara.

Aku mendapatkan murabbiku. Aku dakapnya erat-erat. Sahabat ikhwah lain turut sama.
Ahhhh!! Manisnya ukhwah ini. Cukup bulan, aku kena check  diabetes . Ehehehe!!!


..BraderJepp..

No comments:

Post a Comment