Tuesday 5 November 2013

Pembunuh yang terpilih...

HIJRAH
Errr, dah lama rasanya tak hapdet blog ni. Mula-mula nak masuk tadi banyak juga lah sawang-sawang, sarang labah-labah pun ada. Yang tak puas hati tu, macam mana sarang jahiliyah tu boleh ada balik. Aisehman!

Kfine. BraderJepp bersihkan sarang-sarang tu. Kalau Allahyarham P.Ramlee boleh nyanyi dengan saloma buang yang keruh ambil yang jernih. BraderJep pun nak nyanyi  jugak lah. Boleh?

Buang jahiliyah,
Ambil qudwah,
Baru teguh,
Muwasofat tarbiyah…

“Ohoi, slow sikit volume tu boleh BraderJepp. Anak tengah tidur ni…!”

Tapi, anda tahu betapa bukan semua orang seperti anda. Mudah untuk berhijrah. Henshin! Dan berubah menjadi watak baru seolah-olah cerita penunggang bertopeng. Kerana itu lah, manusia itu umpama logam! Masing-masing dengan personaliti masing-masing. Dan, susah untuk BraderJepp ungkapkan disini. Pasti akan berjela dan anda pasti akan menekan sahaja butang ‘x’ di hujung penjuru sebelah kanan atastanpa segan atau silu. Betul tak.?

Errr, tapi nanti dulu. Bagi BraderJepp habiskan sikit eh..?

Anda pernah dengar kisah pembunuh kepada 99 nyawa. Errr, saya tahu pasti semua pernah medengarkan. Tapi, sudikah anda memdengarkannya sekali lagi? Kali ini versi BraderJepp. Sungguh, anda pasti tidak menyesal. Heh!

Kisah ini mengisahkan Tailong (bukan nama sebanar), seorang gangster yang hidupnya tiada lain semata-mata bertujuankan untuk berfoya-foya. Dia dibesarkan dengan penuh jahiliyah. Dalam kamus hidupnya hanya ada lima perkataan.

HARTA!

PEREMPUAN!

KUASA!

HIBURAN!

SERONOK!

Hidupnya 24/7 memang untuk mengabdikan diri kepada 5 perkara tersebut. Sehinggakan dia sanggup untuk mengorban nyawa orang disekelilingnya. Dikejarnya HARTA ibarat itu nyawanya. Ditukarnya PEREMPUAN tak ubah seperti bajunya. Dirampasnya KUASA kerana itu nadinya. HIBURAN menjadi kerja sepenuh masanya. Seronok itu satu-satunya perasaan pernah dirasai.

Nak dijadikan cerita, dia terjumpa satu hobi baru. Dan hobinya sangat pelik, saya tak pasti kenapa tapi itulah hobinya. Iaitu, membunuh! Dia sanggup belajar teknik-teknik baru untuk membunuh. Dan dia juga sentiasa menghapdet gajet-gajet terkini sebagai alat untuk membunuh. Semata-mata untuk memenuhi hobinya untuk memisahkan jasad dengan roh.

Sampai satu masa ni, dia pun dah penat. Setelah dikira-kiranya total nyawa yang telah dia tamatkan riwayatnya. Tak cukup jari kaki diambilnya jari-jari yang tidak lagi berdenyut untuk mengira. Almaklumlah, zaman masih tiada alat kira-kira ataupun abacus. Memang tak jumpa lah cerita dia…

Bila dijumlahkan, terkejut jugalah dia. 99 nyawa sudah dia ratah. Dalam hatinya, memuji-muji diri sendiri. Nak jadikan cerita lagi, dia tiba-tiba terbuka siaran tv al-hijrah. Dan dia belajar satu perkataan baru. Iaitu perkataan keenam. TAUBAT!

Dia merasakan amat lunak suaranya memacah sepi saat dia mengungkapkan kalimah itu. Dia pun, berjumpa dengan orang yang paling warak ketika itu untuk bertanya. Dan bermulalah sesi dialog antara mereka

Tailong(bukan nama sebenar) : Syeikh, apa macam muka banyak senang? Ada baik?

Rahib: Aku tahu kenapa kau ke mari?

Tailong: Wahh, bukan main pailang nampak. Aku tak cakap kau dah tahu. Takpe, aku saje nak tanya.

Rahib: Ok, tanya…

Tailong: Citer dia macam ni, aku dah bunuh 99 orang. Dan tadi, aku terbuka tv al-hijrah. Rahib tu ada        cakap pasal Taubat. Agak-agak kau lah, taubat aku diterima tak?

Rahib: Wow! Sorry to say, memang tak dapat lah citer dia. Banyak kot 99.

Taliong: Baik, kalau begitu. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hiah!!!!

Maka, tamatlah riwayat sang rahib tadi dan genap 100 nyawa telah dia bunuh. Dia pun pergi membawa diri. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan sang rahib tadi, dia berjumpa dengan rahib lain dan menujukan soalan yang sama.

Dengan machonya rahib itu menjawab.

“Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke taman hijrah (pun bukan nama sebenar)”

Sebab di situ ada kaum yang menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk”

Yesss!!! Perkataan ketujuh dia belajar. ALLAH Ta’ala.

Tanpa berfikir tiga kali. Cukup dengan dua kali sahaja dia meninggalkan istananya dan bertolak ke taman al-hijrah tadi. Dalam perjalanan, dia mengalami bermacam jenis rintangan dan halangan. Kadang terasa ingin berpatah balik.

Dia cekalkan hatinya. Terus bergerak. Melangkau onak dan duri. Meredah semerah lautan api. Mendaki gunung nan tinggi. Malang tak berbau, dia terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa. Yang memilukan lagi, nyawanya turut diragut. Belum sempat dia ingin meng’henshin’kan dirinya. Dia telah diambil oleh Tuhan.

Saat rohnya ingin diangkat berlaku pergelutan antara malaikat rahmat dan malaikat azab.

Malaikat Rahmat: Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah

Malaikat Azab: Bahawasanya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun.

Dengan izin yang MAHA berkehendak, datang seorang lagi malaikat menyerupai manusia untuk mengadili siapa yang layak untuk mengambil roh si pembunuh 100 nyawa tadi. Langsung malaikat itu berkata.

 Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya”

Sedarsawarsa itu, mengukur lah sekalian malaikat jaraknya antara tempat eksiden tadi dengan kawasan perumahan si pembunuh dan kawasan taman al-hijrah.

Maka, anda tahu milik siapa kah roh si pembunuh tadi…?

JengJengJeng!

Anda pun sudah tahu, bukan? Sungguh, benarlah jarak tempat eksiden itu adalah lebih dekat dengan taman al-hijrah berbanding perumahan asal si pembunuh itu. Atau mungkin hanya beberapa langkah sahaja lagi. masyaALLAH…

Errr, macam krik-krik je. Macam bosan je…

Itu lah, memang cerita ini ramai antara kita sudah tahu. Tapi, berapa kerat yang benar-benar dapat mengambil ibrah disebalik kisah ini.

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din(Agama).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda tahu kenapa BraderJepp open balik cerita ini. Sebab, BraderJepp perhatikan di sekeliling saya, anda dan kita semua. Sungguh ramai yang bahunya sudah dilanggar oleh makcik ‘Hidayah’. Dan tak mustahil, pasti ada yang dirempuh dengan Bugatti Veyron yang dipandu makcik ‘Hidayah’.

“Errr, pandai juga makcik ‘Hidayah’ bawak kereta.  Siap Bugatti Veyron lagi tu. Huish taknak kalah betul…”

Wahai, usah anda bimbang. Benar, memang betul hijrah itu amat sukar. Mana mungkin kita akan meninggalkan apa yang kita ada. Apa yang kita rasakan sudah cukup untuk kita. Sebagai bekal di masa hadapan.

Macam Tailong yang bukan nama sebenar tadi itu lah. Dia merasakan sudah cukup 5 perkataan yang dia tahu untuk membawanya senang di masa hadapan. Untuk dia bersenang-senang. Tapi, bila mana dia sedar sahaja yang masa hadapannya ‘lebih panjang’. Dia rasa perlu belajar lebih dari itu. Maka, dapat lah dia 2 perkataan baru tadi.

Haha…! Anda nampak permainan di situ? Nak tengok lagi..?

Kita masing-masing punyai kampung halaman, betul tak? Bila tiba musim cuti sem, cuti raya atau cuti apa sahaja. Kita pasti nak balik kampung. Melihat ayam, itik dan lembu. Memberi kucing makan dan sebagainya kan..?

Baik, saya tanya anda? Di mana kampung halaman anda? Tempat asal anda? Dari situ wujudnya anda, saya dan cuba lihat sekeliling anda. Ya, betul! Kita semua sekampung. Tapi, di mana kampung kita? Kampung anda dan kampung saya?

Es. Wai. Yu. Ar. Ji. Ae.

Anda pernah mengeja perkataan itu dahulunya ketika anda di bangku tadika kemas atau pasti atau apa sahaja lah.

SYURGA. Betul? Jadi, apa salahnya sekarang ini anda belajar mengeja pula bagaimana  untuk kita sama-sama pulang ke kampung. Bukan ketika musim cuti sem atau cuti raya. Tapi, cuti buat selama-lamanya.

Anda..? Anda ok ke tu? Macam dah basah je..

Sungguh, anda harus ingat! Ketika anda merasakan anda kesunyian. Keseorangan mencari jalan pulang. Dan memang tak dinafi akan ada banyak suara-suara garau, suara nyaring malah suara yang bisu turut akan bersuara untuk menjatuhkan kita saat kita mula ingin berhijrah.

Belajarlah dari si Tailong tadi. Dia juga bersendirian mencari taman hijrah. Berselang-selikan onak duri, ranjau dan lautan berapi. Semuanya dia redah. Malah, dia juga tidak sempat untuk sampai apatah lagi berubah menjadi pahlawan bertopeng memakai jubah.

Anda tahu kenapa? Kerana ALLAH itu maha kasih dan sayang akan hambanya. DIA tidak lah melihat HASIL. Tapi, apa yang anda dapat lihat, ALLAH itu melihat pada USAHA. Sejauh mana anda berusaha untuk bertukar menjadi yang lebih baik dari apa yang anda ada sekarang.

Errr, tapi. Jangan pula anda baru berusaha sedikit. Terus, anda beri alasan.

“Eh, saya sudah berusaha apa BraderJepp. Cukup lah tu nak apa lagi? ALLAH kan lihat USAHA bukan HASIL”

Errr, pernah makan selipar jepun saiz 9 tak?

Anda cuba tengok balik kisah si Tailong tadi. Kenapa ALLAH tetapkan cara nak tentukan baik atau buruk si tailong itu dengan mengukur jarak? Hah, sila lah bermain teka-teki atau menggaru-garu kepala anda yang tak gatal tu?

Anda dapat cari jawapannya? Yes! Betul. Kerana dari situ ALLAH menilai sejauh mana USAHA si Tailong tadi. Jika ditakdirkan si Tailong itu eksiden di 200 meter pertama. Dengan hatinya yang masih berhasrat ingin berpatah balik. Mungkin juga dia tidak akan dapat di bawa oleh  malaikat rahmat.

Tapi, segalanya mungkin berlaku. Kun, maka yakun! Kita bukan malaikat untuk menilai baik buruk seseorang. Aptah lagi tuhan bagi menentukan syurga neraka. Kita hanya yang hina mencari jalan pulang ke kampung halaman.

Wallahu a’lam.

Keep calm & Hijrah :D

..BraderJepp..  

Duhai, anda yang sedang membaca tulisan marhaen ini. BraderJepp berdoa agar saat dan ketika ini makcik ‘Hidayah’ sedang perhatikan anda dari belakang ketika ini dan bersiap sedia untuk menyeggol bahu anda sekuat hati!

Tak percaya, cer toleh belakang. Haaaaa….

P/S: Ini saya sertakan link hadis asal daripada kisah si Tailong bukan nama sebenar. http://hadisrs.pusatkajianhadis.com/id/index.php/kajian/tema/163/orang-yang-membunuh-99-orang