Tuesday, 2 April 2013

Kau lah!! Siapa lagi?...




K.A.U!!!

'Eh, aku ke?'

Anda pun secara otometiknya akan pusing belakang. Buat2 macam bukan anda lah yang saya maksudkan. Alah, tak payah nak toleh belakang ke kiri ke kanan laa. Mmg anda. Ya, kau laa. Siapa lagi?

‘Tapi BraderJepp, kenapa saya? Apa yang saya nya? Saya buat apa tetiba kena tuding jari macam ni?’

Peluh mencurah-curah keluar. Basah. Lenjun. Ahaha!

Maaflah terpaksa menuding jari kepada anda. Ya, anda. Siapa lagi yang saya maksudkan. Tu la siapa suruh baca. Kan dah kena. Padan muka. Bwek!! Buat muka comel sambil jeler lidah. Ok itu gedik.

‘Ceh, menyesal baca post ni’

Ehem! Ada keluhan saya dengar di situ?

Gulp!

Sabar, anda seharusnya bersyukur. Syukur atas nikmat tangan yang DIA kurniakan. Syukur atas nikmat anda ada duit boleh connect internet. Yang membolehkan anda masuk ke laman belog ini dan terpilih untuk menjadi mangsa tudingan jari saya ini. Errr, kaitan??

Ahaha! Ketawa sakan.

Macam murabbi saya kata laa. Dalam dunia ni takde kebetulan. Ya! Semuanya adalah kejadian. Yang dah tertulis kat atas sana. Tu! Tengok atas tu! Ehehe. Mana nampak laa Luh Mahfuz sana tu. Hehe

Mungkin ada antara anda termasuk ke laman ini. Mungkin tergerak hati nak baca. Mungkin tetiba je anda kena hack dengan saya dan laman belog ini keluar. Ehhh? Tapi tahukah anda yang perihal laku anda masuk ke laman ini sama ada sengaja mahupun tidak sudah tercatat di atas sana. Sebelum anda lahir. Malah sebelum nabi Adam a.s diciptakan? Gulp, lamanya.

Wow! Semakin menarik nampaknya…

Dan tahukah anda kenapa anda? Kenapa anda yang terpilih? Untuk membaca post kali ini. Kenapa anda duduk  depan laptop anda atau komputer atau tablet atau SayaTelefon atau apaapa laa. Ok, kita pergi lebih jauh.

Jap, macam mana anda ni boleh berada di mana anda berada sekarang ehh? Anda tak hairan? Kenapa bukan adik dalam kandungan perut ibu anda yang sedang mengandung. Atau kenapa bukan adek2 yang tak berdosa hasil bukti cinta Brader ngn Sister yang tak menyempat nak jadi mak bapak yang kena lempar di mangkuk jamban, longkang, tong sampah!

Eh, ambil tisu. Nanti malu laa org tengok . Tak macho katanya…

Hmmm, pernah anda terfikir? Kenapa dan mengapa?

Ya, semuanya sebab anda peroleh nikmat yang sumpah besar. Lagi besar dari nikmat islam dan iman anda sekarang. Ehhh? Bukan dua tu nikmat terbesar ke??

Habis, agak2 anda kalau anda takde. Anda tak hidup ada dapat nikmat yang sumpah besar gila ni (ISLAM dan IMAN). Tak bukan?

Ya, untung lah anda. Dapat hidup. Dapat lahir ke dunia dan melihat apa yang anda lihat sekarang. Syukurlah anda ye. Cer bayangkan adek2 tak berdosa tadi. Hmmm, kasihan kan?

Tapi! Apa anda ingat semua benda free ke apa? Ehhh, come on laa. Nak masuk tandas pun bayar 20sen ok! Pastu, anda nak senang2 dapat nikmat hidup ni cenggitu je. Cer fikir sikit, siapa bagi nikmat ni. Kalau bukan DIA? Pastu anda dok buat benda tak datangkan faedah pada DIA. Tak malu sungguh!! Puih!

Habis tisu nak kesat Tasik Chini dan Tasik Bera yang melimpah keluar.

Ya, saya rasa sangat malu. Sumpah malu yang amat. Tetiba saya pun terasa laa nak bukak ayat-ayat cinta.

Alhamdulillah atas nikmatMU


Dan (ingatlah) aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaku.
(Al-dhariyat,51:56)

Uhuk uhuk uhuk! Ada strepsils?

Ahaha. Nampak permainan dia kat situ? Kalau sudu garpu diciptakan untuk guna masa makan. Kalau nasi dicipta untuk makan. Kalau oren dicipta untuk buat presh oren dan minum. Kalau air dicipta untuk bekukan dan jadi air batu lepas tu letak dalam air oren tadi. Huish! Sedapnya…

‘Errr, BraderJepp ni lapar sangat ke?’

Ya, semua benda dicipta ada fungsi. Dah tu, ahsani takwim (sebaik-baik kejadian) ni hangpa ingat takde fungsi. Ingat nak main futsal, muvee maraton, belajar 24/7 nak dapat 4 flat.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-baqarah,2:30)

‘Gulp! Aku ke? Tak kan aku khalifah kut. Itu nabi Adam kan?’

Owh, habis nabi Adam dah takde, tak payah sibuk nak jadi khalifah laa. Biar bagi kat kuda dengan angsa je laa jadi khalifah ehh?

‘Alaa, tapi takkan aku. Tu ha tuu. Bagi laa Epul tu. Dia baik, jangan laa bagi aku’

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, bagi mereka adalah Surga Firdaus menjadi tempat tinggal.
(Al-Kahfi,18:107)

Berlomba-lombalah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
( Al-Hadid,57: 21)

Ok, taknak syurga la tu kan. Takpe laa. Bagi Epul sorg2 je masuk syurga. Kita nak duduk mana? Haa, apa ingat syurga tu murah. Senang2 je nak masuk macam tu. Nak kerja pun macam kena ada. Sijil SPM laa. Ijazah dalam bidang kejuruteraan laa. Pengalaman kerja laa itu laa ini laa. Habis sorga?? Ingat murah???

Sesungguhnya (surga) ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja.
(Ash shaffaat,37:60-61)

Ahhh! Siapa pulak potong bawang ni?? Adehh..

..BraderJepp..

P/S: DIA bos kita. Kita kerja dengan dia. Kalau nak dapat sorga yang sumpah mahal tu. JOM kerja betul2. Ehehe

No comments:

Post a Comment