Sunday, 4 August 2013

‘Dua Watak’

Semoga ini bukan kita.. 

“Lan, pastikan article kau less than 400 words. Kalau tak, next edition kolum kau aku bg orang lain. Faham?”

“Ehem! Kena direct to the point je ni. Tak tahan mendengarkan leter si Hamdi. Mengalahkan leteran Pn.Gayah,  pensyarah matematik semasa aku di matrikulasi dahulu. Dan, itulah Hamdi yang aku kenal. Tegas, berpendirian, tidak kira lawan atau kawan. Dia tidak boleh membeza-bezakan. Tiada istilah ‘Dua Watak’ dalam kamus hidupnya ” bisik hati kecilku.

Sebentar! Saya ingin mengambil sedikit masa anda. Boleh tolong ambil cermin dan cerminkan diri anda. Errr, bukan cermin biasa tapi cermin yang diberi nama ‘Cermin Iman’. Untuk anda, saya dan kita sama-sama untuk mencerminkan kembali diri kita. Sejauh mana perubahan dalam diri kita setelah atok Ramadan telah berlari jauh meniggalkan kita.

Adakah kita ini hanya menjadikan tetamu atok Ramadan itu sebagai Tuhan. Tilawah, solat sunat, sedekah, menjaga mulut dari gosip liar dan caci maki. Semua itu hanya kita kenal ketika atok Ramadan itu bersama kita. Pergi Ramadan, maka lenyaplah ‘watak pertama’ dari ‘Dua Watak’ kita. Membuktikan bahawa kita ini bukan hamba kepada Yang Maha Pemurah itu bahkan Ramadan yang kita hambakan. Naudzubillah…

Pejam-celik, pejam-celik. Atok ramadan telah pergi. Berganti pula dengan abang Syawal. Pelbagai kerenah aku lihat. Ada yang melompat gembira ala-ala super ring lazat super ring riang. Ada juga yang menyambut abang Syawal ini ibarat merdeka keluar penjara. Bahkan ada pula yang teresak-esak tak ubah seperti tengok drama melayu petang-petang. Eh!

Baik, begini analoginya. Khas buat mereka yang gila drama. Hehe

Anda bayangkan, anda ada seorang insan yang paling agung dalam hidup anda. Ok, let say dia adalah ibu. Tapi, sepanjang hayat si ibu. Anda tidak pernah berbakti walau sedikit. Kalau ada pun cuma kiriman wang RM50 setiap bulan. Apa anda fikir dia pekerja anda boleh bagi ‘gaji’ setiap bulan. Apabila si ibu kembali kepada illahi, anda akan terlolong-lolong meratap perginya si ibu.

Kedua. Seorang insan yang anda sanjungi bernama sahabat. Pagi siangnya, digunakan untuk study, petang malamnya pula dia menjalankan tanggungjawab sebagai Hamba kepada Tuhannya. Suatu saat, dia menarik nafas terakhir. Saat nafas terakhir untuk dihembus, “Pergilah engkau sahabat, sudah sampai masa untuk kau berehat untuk selamanya”. Wah, drama habis ni!

Sekarang, saya tanya anda. Mana satukah anda? Adakah anda di golongan pertama; yang ketika atok Ramadan itu masih bersama kita, anda abaikan dia, anda buat kerja yang sia-sia, tidak menguntungkan anda apatah lagi islam.

Atau mungkin anda di golongan kedua; tiada sesaat pun anda bazirkan untuk ke bazar, shopping, bahkan hanya kerja-kerja sebagai abid dan khalif. Maka, dengan muka slamber anda akan berkata, “Apa ada hal bro, barang yang lepas usah dikenang. Umur panjang, insyaALLAH 11 bulan nanti jumpa lagi”.

Cuma jangan sampai terlupa. Fenomena ‘Dua watak’ ini akan berlaku jika anda menyambut abang Syawal itu ibarat merdeka keluar penjara. Anda tahu kenapa? Baik, cuba saya tanya anda, “Siapa yang paling seronok tak ingat akhirat bila abang Syawal datang menggantikan atok Ramadan”

Sudah tentu! Si syaitan laknatullah itulah. Errr, anda mahu jadi seperti mereka; menyambut kemerdekaan setelah sebulan dirantai, digari, dibelenggu. Kita pula ingin menyambut kerana letih dipaksa menahan nafsu, lapar dan dahaga. Dan kalau benar kita sedemikian rupa maka mungkinkah kita ‘Dua Muka’ itu. Naudzubillah…

..BraderJepp..

Alhamdulillah, brader jepp dapat meneruskan kerja2 dakwah ini di dalam kolum buletin di tempat belajar braderjepp. Harap anda dapat berikan semangat dan dorongan agar braderjepp terus tsabat di jalan ini. Biizdnillah..