Monday 11 March 2013

Tentang Biskut Cicah Neslo…

neslo menjadi kegilaan remaja


Mungkin ramai yang tertanya,

‘Jepp, kenapa nak kena cicah biskut dalam neslo? Bagi laa nama lain.’

‘Apa punya nama laa. Makanan tak grand langsung. Bagi laa nama cikencop ke, pizahad ke.’

Hati pun menjawab. 
Hekeleh, sukahati aku laa! Blog aku. Nama aku nak letak pun peduli apa!

Tapi, alhamdulillah ada kuasa menghalang jawapan itu dari terkeluar di bibir. Baik, aku tanya korang.

‘Kenapa mak kau bagi nama Samad’

‘Eh, nama aku bukan samad’

‘Yelaa, bukan kau la tu. Aku tanya yang nama Samad je. Ok la, nama Muhammad majoriti ramai kan ada nama tu. Kenapa parent korang bagi nama Muhammad?’

Confirm yang pandai berbicara akan jawab macam ni.

‘Jepp, setiap nama tu ada maksud dia sendiri taw tak? Parent kitorang bagi nama macam tu sebab nak kitorang jadi seperti mana nama itu. Memberikan maksud yang baik.’

Dush! Terpanah rasanya..

Terima kasih wahai tuan yang berbicara. Enta dah bg jawapan kat diorang yang tertanya-tanya actually. Jazakallah kher.

Nampak? Persoalan dah terjawab bukan. Setiap nama yang diberi. Pasti ada maksudnya. Pasti ada sebabnya. Tapi, persoalannya …. Biskut cicah neslo??? Macam takde maksud je….

Haa, ni yang ceq nak habaq mai kat hampa ni. Tgok title pun dah taw. Tapi, before tu nak bg sikit ayat ni. Bismillah…

"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah." (Al-Baqarah: 138)

Eh, sibgah?? Apa tu?? Tak pernah dengar pun.

Ha, ini laa dia. Sebab ayat ni laa nama blog ni biskut cicah neslo. Sibgah ni kalau kita direct translate, maksud nya celupan. Kan , sama tak biskut cicah neslo. Biskut celup neslo. tapi kenapa neslo? ehhh?

Tapi, apa pula kaitannya biskut cicah neslo dengan ayat ni. Subhanallah, ayat ni sebenarnya antara peluru termahal dan tercanggih oleh ALLAH untuk menembak jantung hambanya yang jauh dengan dia. Macam aku laa. Sakitnya ALLAH sahaja yang tahu. Peng!!

Celupan yang DIA maksudkan dalam ayat ni sama macam nama blog ni. Sama macam selalu petang-petang, sambil tgok drama endon bawang merah cili putih ape benda bagai semua tu. Kita pu kelaparan bancuh air neslo amek biskut. Cicah! Ahh, sedapnya. Terliur pulak.

Sape-sape yang ada air neslo atau sewaktu dengannya dekat tepi, sila amek biskut marie dan cuba cicahkannya. Mari kita lihat apa yang jadi.
sibgah=celupan

Wow, biskut itu basah laa! Semua biskut itu basah bila direndam. Tidak satu pun ketinggalan. Yang sikit tu sebab dia tak terendam laa. haish... -.-'

Hah! Nampak kat situ? Macam ni laa DIA cakap tadi. Macam ni laa islam yang sebenar. Islam adalah suatu agama yang apabila kita masuk dalamnya. Kita WAJIB, SEPATUTNYA, kalau japanese 必ず(kanarazu) have to, apa lagi nak gambarkan. Haa, paling senang WAJIB laa. WAJIB bagi kita untuk masuk dalam islam itu secara KESELURUHAN.
islam bukan rojak buah 
Islam bukan macam buah rojak. Dalam banya-banyak tu kota makan pilih. Kalau timun, tanak makan. Nak makan yang sedap je. Nak pelam, nenas, semua yang sedap laa. Kalau baju pulak , nak akai yang lawa-lawa je. Yang buruk tanak pakai.

Yes!!! Islam bukan macam buah rojak!

kalau kita tengok sejarah dahulu, uncle Abu Jahal tanak peluk islam bukan sebab tak suka islam . bukan sebab tak percaya ALLAH. Bukan sebab tak suka dengan Muhammad. Malah uncle ni paling seronok waktu Muhammad lahir dulu.

Tapi, tahu tak korang kenapa dia tanak peluk islam? Yes, sebab dia faham apa itu SIBGAH ALLAH. Sebab dia faham apa itu biskut cicah neslo. ehhh??
kalimah yang amat digeruni uncle Abu Jahal
  
Kita setiap hari sebut perkataan ni. Semua faham apa maksud ayat ni. Sampai ada yang dah bosan dengar. Eh, ada ke? Naudzubillah… Perkataan dalam bahasa arab. Dan perkataan dia guna pun sangat laa simple. Takde langsung ayat bombastik. Tapi, maksud dia sumpah demi ALLAH bombastik!

Sebab maksud yang gila bapak gempak bomastik ni laa uncle Abu Jahal and the gang tanak sebut perkataan ini. Sebab apa? Sebab dia tahu, bila dah masuk islam, dia kena jadi macam biskut yang dicicah dalam neslo. dia kena masuk semua dalam islam. Tak boleh pilih-pilih macam rojak buah. Dia kena tinggalkan berhala, dia tak boleh main perempuan, dia tak boleh bukak aurat masa main bola, masa tidur, dia tak boleh couple berpegang tangan dengan kekasih tak halal, dia tak boleh main dota sampai solat lambat. Ehhh?

Peng! Dush! Pang! Semua peluru, penampar, penyapu, hammer dan segala alat seperti terkena tepat ke jantung.

‘Tapi jepp, dalam islam ni mana boleh paksa-paksa. Tak pernah baca Quran ke. Bukan ke ALLAH kata:-

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Maksudnya: tiada paksaan dalam agama

Wow, sungguh pandai korang memberikan ayat DIA. Bagus inilah remaja yang kita nak, tahu ayat al-Quran. Tapi, satu je laa aku aku ada dengar dan nak share ngn korang. Jangan laa kita guna ayat al-Quran untuk kepentingan diri sendiri atau nak ambil jalan shortcut yang tak sampai checkpoint. Kita jugak yang rugi nanti. Even dah sampai finish line tapi tak cukup checkpoint takde hasil apa-apa.

Ok, macam ni. Kalau kita nak cerita apa-apa pun pasal ayat al-Quran, kita kena tahu kenapa ayat tu turun. Jom, kita kaji siit ayat ni. Ayat ni sebenarnya turun berkaitan cerita ni:-

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Sa’id atau ‘Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas: Bahwa turunnya ayat tersebut di atas (Al-Baqarah : 256) berkenaan dengan Hushain dari golongan Anshar, suku Bani Salim bin ‘Auf yang mempunyai dua orang anak yang beragama Nasrani, sedang ia sendiri seorang Muslim. Ia bertanya kepada Nabi Saw: “Bolehkah saya paksa kedua anak itu, karena mereka tidak taat kepadaku, dan tetap ingin beragama Nasrani?”. Allah menjelaskan jawabannya dengan ayat tersebut bahwa tidak ada paksaan dalam Islam.

Guys, dah baca kan? Ayat ni hanyalah untuk mereka yang belum beragama islam. Bukan untuk kita dah beragama islam. anda islam, kan? So…

Apa peranan kita?

One more thing! Kadang-kadang kita TERASA macam nak berubah. TERASA macam nak jadi baik. TERASA macam nak fahami apa itu islam. TERASA macam nak ikut usrah. TERASA macam nak guna ana-enta. TERASA macam nak dengar pengisian ISK. TERASA macam nak jadi orang yang menang.

Tapi, RASA je tak cukup la kan. Kena la makan dan jilat jari sampai jari kaki. Takkan makan KFC je nak jilat jari. Islam tu sedap la. Sedap gila. Lagi sedap dari KFC korang tu. Kalau KFC boleh sedap hingga jilat jari. Islam ni lagi sedap hingga menjilat jari kaki.

Tuss!! Panah tepat di jantung. Malah lebih tepat dari robin hood.

Sakit…

..BraderJepp..





2 comments:

  1. kenapa neslo bukan vico? atau teh susu?

    boikot neslo..hahah taklah aku pun still minum.

    melihat penulisan ko aku rasa ada potensi. tapi tapi ada style inche gab la. tiru? aku harap tak.

    yknow, takpe tiru benda baik. tapi kalau ada originality lagi baik. personal opinion. taklah dilabel penciplak. write your own way. everybody should have it.

    frankly said. take it or leave it. assalamualaikum.

    ReplyDelete