Tuesday 26 March 2013

ayat-ayat cinta bercerita...



Biarkan ayat-ayatNYA bercerita...

'ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR'

Saat azan subuh dilaungkan oleh Farid, bilal Kolej Separa Mahir Pasir Dua Butir, Helmi terjaga dari tidurnya. Sekali lagi. Ya, sekali lagi. 

Dia lantas bangun dari tidurnya. Terus duduk dikatilnya mengamati bait2 kalimah azan. Lama sungguh rasanya tidak dia dengar azan di kolejnya itu. Apatah mengamati bait2 kalimah cinta Illahi memanggil menuntut tanggungjawab.

Bukan tiada bilal yang azan atau sewaktu dengannya. Tetapi, dirinya yang masih dibelenggu kehidupan jahiliyyah. Kini, dia telah terjaga dari kebakaran rumah tempoh hari.

'LA ILAHA ILLALLAH'

Selesai azan, dia segera ke tandas. Pundi kencingnya penuh dek kerana malam tadi takut nak pergi tandas sengsorang. Laju air yang kecil itu menerjah ke lubang jamban. Terasa sesekali yang besar turut sama keluar. Ok, geli.

Hajat selesai. Dia ke bilik wuduk. Perlahan-lahan kepala paip di putar. Dibiarkan tangannya dipukul oleh air yang mengalir separa laju. Sebelum memulakan niat pertama pagi ini. 

'Sahaja aku mengangkat Hadis Kecil (Wuduk) kerana ALLAH'

Disapu air ke muka. Ahhh, segar rasanya. Seakan-akan baru selesai mandi di air terjun niagara sejuknya. Ehhh?

Di kuak pintu biliknya, 350. Azman dan Derahman masih terbongkang. Bunyi dengkuran kadang2 tersumbat dek nafas tak panjang. Almaklumlah, kalau dah tiap2 malam supper dengan jin sebelum tidur. Nak dikejut subuh takut mengamuk pula. Lalu dibiarkan sahaja kawannya itu bercinta dengan selimutnya.

Dibentangnya sejadah, lurus tegak menghadap kiblat. Saat ingin memulakan niat lantas  mengangkat tangan membesarkan ALLAH. Tiba2, satu suara kedengaran sayup2. Seram sejuk bunyinya, lemah semangat jadinya.

‘Errrrr’. Bunyi seakan-akan Ju-On dalam muvee matahari terbit tak pernah tenggelam itu. Ehhh?

Suara tersebut bersambung lagi.

‘Mi~~’. Kali ini memanggil dirinya. Kacau khusyuk dalam solatnya seketika. Terbayang dalam fikiran Cik Timun mengilai panjang. Pak seman melompat-lompat memakai suit putih yang di balut rapi.

Suara itu kembali menyahut.

‘Mi, sejadah kau. Kiblat kau terbalik laa~~’

Rupa2 nya suara Derahman yang separa sedar itu menegurnya. Tersipu malu dibuatnya. Mukanya merah2 ala-ala retis meLAYU yang dimekap ingin buat persembahan yang membakar mata-mata sang pemuda. Hoyyy!

Derahman yang menegur kiblat Helmi kembali menyarung selimut. Bagus juga dia. Tak solat pun tahu arah kiblat. Ehh, tak tak! Tak bagus! Kena solat dulu baru bagus! Tak solat tahu kiblat adik ana 4 tahun pun lagi arif rasanya. Ehh, bila masa ada adik 4 tahun. Ok, mengarut!

Helmi seakan-akan mahu ambil kain yang dipakainya untuk menutup mukanya. Malu bhai! Gaya dah khusyuk habis tetiba salah kiblat. Ditunggu Derahman menarik selimutnya perlahan-lahan, dia membetulkan kiblatnya. Kali ini siap ambil iPhone bagai. Di’check’ kiblat menggunakan app. Pergh, canggih!

Saat ingin memulakan niat baru, datang satu lagi dugaan. Pintu biliknya di kuak. Perlahan-lahan bukaan itu. Engsel yang ketidakcukupan minyak itu menghasilkan bunyi seram sejuk. Berdiri bulu romanya. Menggigil kepala hotak lututnya.

‘Salam alaik. Eh, mi. Dah bangun dah. Haaa, jum ahh ke surau. Baru nak iqamah tu rasanya. Sempat lagi kita jemaah. Takkan taknak dapat 27 juta. 1 ringgit mana boleh beli apa-apa. Teh ais cik kantin tu pun nak kena hutang 20 sen kalau nak beli’. Ehhh?

sila dail...


Laaa, Epul rupanya. Rakyat bulatan gembira yang aktif membuat SH setiap kali dapat call dari 24434.
5kali dia dapat call dari 24434, dia akan segera menunaikan tanggungjawabnya seperti nota cinta yang dia dapat daripada manual manusia topik 2 subtopik 30.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
(Al-baqarah,2:30)

‘Hmmm, kejap aku nak tukar baju.’

‘Eh, buat apa nak tukar baju.’

‘Bukan kalau nak solat kat surau kena pakai baju melayu dengan sampin ke?’

‘Pffftttt. Bila masa pulak, solat kat mana2 pun sama. Asal kita tutup aurat dan pakaian sopan. Sebab kita kan nak dating ngn ALLAH.’

Senyum kambing terukir dibibir Epul.

‘Tapi kalau kau nak tukar takpe laa. Aku tunggu.’

Selesai sahaja pakaian ditukar. Helmi segera keluar bilik tanpa pandang kiri dan kanan. Takut pula dia kali ini ada bunyi lain. Ehhh?

Tiba2, sekali lagi halangan sampai. Kemaraannya disekat, langkahnya dihentikan, perjalanannya dibelok seperti rod belok yang dibuat oleh polisi yang memastikan keamanan negara. Ehhh?

‘Mi, tuuu’

Epul memuncungkan mulutnya. Ahhh! Comel sungguh muncungan itu, ingin dikucup. Hoi!!! Gila apa. Nak kena terbalik bumi lagi sekali.

Muncungan Epul tadi tepat menunjukkan ke arah Derahman dan juga Azman yang sedang asyik dilamun ombak mimpi. Lena dibelai bidadari igauan. Amboi….

Helmi faham benar muncungan Epul itu. Tetapi…….
Tapi, dia tidak sanggup diejek oleh dua rakan jahiliyyahnya itu. Ditertawakan dan diperlekehkan apabila tiba2 bangun awal nak solat kat surau. ‘Mengigau apa!’

Ehem, siapa yang mengigau cakap sikit.

Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata".
(Al-'Ahqaf, 46:32)

jadi lah robot berTUAN...

Haa, nampak permainan DIA kat situ. Bukan Epul yang cakap tu. Pencipta korang kut yang cakap. Itu kalau mesin ke robot ke kereta ke, kalau pencipta dia agak2 macam barang2 tu tak berfungsi, buat semak. Hmmm, rasanya dah kena campak longkang atau lubang jamban dah barang tu.

Tapi, DIA tak buat macam tu, peringatan je dia bagi kat MANUAL kita tu. Alaa, kalau dalam manual apa2 goods laa. Mesti ada ‘warning’ kan. Berarti jangan buat. Kalau buat, boleh rosak, sesat, dan sama waktu dengannya. Hehe. Peace sikit. v(‘_’v)

Maka arakian, dikejutlah Azman dan Derahman olehnya Helmi sambil diperhatikan Epul dengan amatnya.

‘Dah la tu Mi. Aku bersaksi kau dah kejut budak2 ni. Jom gerak, dah rakaat kedua dah rasanya.’

Epul faham sungguh perasaan Helmi ketika itu. Dia pun pernah mengalami perkara yang sama. Sebelum dia bergelar ikhwah sejati di atas jalan yang sumpah panjang ini. Sumpah!!

‘Assalamualaikum warahmatullah…..’

Salam ke kanan dilafazkan semua jemaah. Serentak. Bergema. Namun di dalam hati jemaah subuh yang tak sampai satu saff pun. Epul menoleh ke belakang, berharap saff hari ini lebih ramai dari semalam. Tolehannya kembali ke hadapan berserta keluhan. Di dalam jiwanya, hatinya terbuku satu impian. Harapan!

Aku akan pastikan, saff ini. Saff subuh ini akan seramai solat jumaat. Ya ALLAH, bantu aku. Pimpin aku.

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU.. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU.. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU

Kredit: http://dlasweet89.blogspot.com/2011/11/aku-lalai-dengan-perintah-mu-ya-allah.html

Ketika kedua-dua mereka pulang ke bilik, jalan bersama. Helmi memulakan bicara.

‘Pul, aku nak tanya sikit boleh?’

‘Eh, nak tanya pun kena tanya ehh? Haha. Apa dia?’

‘Kenapa aku tgok kau tak pernah sedih haa, tak pernah stress. Kau sentiasa gembira je aku tgok. Sumpah aku jelez. Result kau pun asek gempak je. Padahal kau takde laa belajar sangat.’

‘Hmm, betul kau nak tahu? Jom ikut aku g bilik aku.’

Senyuman terukir di bibir Epul membuat seram sejuk Helmi kembali menghantui dirinya. Alaa, standard laa baru laa cool. Baru boleh dapat rasa manisnya ukhwah.

Namun, Helmi serta-merta angguk tanda setuju. Walaupun berasa curiga terhadap Epul. Akan tetapi, dia yakin bahawa insan bernama Epul ini tidak seperti yang disangkakan. Seorang yang menjaga solat takkan seperti itu.

Tidak seperti yang kawan2 mereka fitnahkan. Ada kata Epul songsang dan banyak tuduhan terhadap dirinya. Tapi,  Epul sedikit pun tidak terasa. Malah bangga. Siap balas dengan selamba lagi.  

‘Biarlah. Aku nak jadi SUPER SAIYA ke-11’

Apa yang super saiya entah. Macam budak kecik! Ketawa terbahak-bahak. Sampai terkeluar kahak. Ehhh?

Sesampainya mereka berdua di bilik.

‘Nah, baca ni. Surat cinta.’

Meremang bulu roma Helmi. Rasa ingin dia membuka langkah seribunya. Sumpah takut dengar. Kalau ana pun, ana dah bagi penumbuk. Dah laa dari tadi senyum manja semacam. Bawak masuk bilik. Lepas tu, bagi surat cinta pula. Apa kejadah. Mengigil~

Namun, ada satu kuasa yang menghalang dari berlaku semua itu. Epul yang nampak kerut di muka Helmi terus mencelah sebelum Helmi berkata apa-apa.

‘Eheh, ini surat cinta aku dapat laa. Sebab ni laa aku tak stress bagai apa semua. Syukur.’

Helmi tersentak. Tersedak. Ternganga. Tersedu. Speechless dan segala waktu dengannya.

‘Eh, org macam kau pun kapel ke.’

‘Heyy, mesti laa. Kau ingat aku takde perasaan. Aku pun macam kau. Haa, baca laa.’


cinta hakiki...


AYAT-AYAT CINTA

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu
(Muhammad,47:7)

Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan [menuju keridhaan] Kami. Dan sesungguhnya Allah akan bersama dengan orang-orang yang berbuat ihsan.” 
(Al-ankabut,29: 69)

Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih (menjaga shalat, zakat, menjalankan sunnah dan amalan ketaatan kepada Allah lainnya) bahwasanya mereka akan mendapatkan balasan berupa surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai…
(Al-Baqarah,2: 25)

‘Heyy, basah laa surat aku.’

Epul menepuk manja bahu helmi. Suka melihat satu lagi jiwa terpegang dan tersentuh dek kerana membaca ayat2 cinta.

Menangis lelaju~~~

..BraderJepp.. 

No comments:

Post a Comment