neslo menjadi kegilaan remaja |
Mungkin ramai yang tertanya,
‘Jepp, kenapa nak kena
cicah biskut dalam neslo? Bagi laa nama lain.’
‘Apa punya nama laa. Makanan tak
grand langsung. Bagi laa nama cikencop ke, pizahad ke.’
Hati pun menjawab.
Hekeleh, sukahati aku laa! Blog aku.
Nama aku nak letak pun peduli apa!
Tapi, alhamdulillah ada kuasa
menghalang jawapan itu dari terkeluar di bibir. Baik, aku tanya korang.
‘Kenapa mak kau bagi nama Samad’
‘Eh, nama aku bukan samad’
‘Yelaa, bukan kau la tu. Aku tanya
yang nama Samad je. Ok la, nama Muhammad majoriti ramai kan ada nama tu. Kenapa
parent korang bagi nama Muhammad?’
Confirm yang pandai berbicara akan
jawab macam ni.
‘Jepp, setiap nama tu ada maksud dia
sendiri taw tak? Parent kitorang bagi nama macam tu sebab nak kitorang jadi
seperti mana nama itu. Memberikan maksud yang baik.’
Dush! Terpanah rasanya..
Terima kasih wahai tuan yang berbicara.
Enta dah bg jawapan kat diorang yang tertanya-tanya actually. Jazakallah kher.
Nampak? Persoalan dah terjawab
bukan. Setiap nama yang diberi. Pasti ada maksudnya. Pasti ada sebabnya. Tapi,
persoalannya …. Biskut cicah neslo??? Macam takde maksud je….
Haa, ni yang ceq nak habaq mai kat
hampa ni. Tgok title pun dah taw. Tapi, before tu nak bg sikit ayat ni. Bismillah…
"Sibgah
Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya
kepadaNyalah Kami menyembah." (Al-Baqarah: 138)
Eh, sibgah?? Apa tu?? Tak pernah
dengar pun.
Ha, ini laa dia. Sebab ayat ni laa
nama blog ni biskut cicah neslo. Sibgah ni kalau kita direct translate, maksud
nya celupan. Kan , sama tak biskut cicah neslo. Biskut celup neslo. tapi kenapa
neslo? ehhh?
Tapi, apa pula kaitannya biskut
cicah neslo dengan ayat ni. Subhanallah, ayat ni sebenarnya antara peluru termahal
dan tercanggih oleh ALLAH untuk menembak jantung hambanya yang jauh dengan dia.
Macam aku laa. Sakitnya ALLAH sahaja yang tahu. Peng!!
Celupan yang DIA maksudkan dalam
ayat ni sama macam nama blog ni. Sama macam selalu petang-petang, sambil tgok
drama endon bawang merah cili putih ape benda bagai semua tu. Kita pu kelaparan
bancuh air neslo amek biskut. Cicah! Ahh, sedapnya. Terliur pulak.
Sape-sape yang ada air neslo atau
sewaktu dengannya dekat tepi, sila amek biskut marie dan cuba cicahkannya. Mari
kita lihat apa yang jadi.
sibgah=celupan |
Wow, biskut itu basah laa! Semua biskut
itu basah bila direndam. Tidak satu pun ketinggalan. Yang sikit tu sebab dia tak terendam laa. haish... -.-'
Hah! Nampak kat situ? Macam ni laa
DIA cakap tadi. Macam ni laa islam yang sebenar. Islam adalah suatu agama yang
apabila kita masuk dalamnya. Kita WAJIB, SEPATUTNYA, kalau japanese 必ず(kanarazu) have to, apa lagi nak gambarkan. Haa,
paling senang WAJIB laa. WAJIB bagi kita untuk masuk dalam islam itu secara
KESELURUHAN.
islam bukan rojak buah |
Islam bukan macam buah rojak. Dalam banya-banyak
tu kota makan pilih. Kalau timun, tanak makan. Nak makan yang sedap je. Nak pelam,
nenas, semua yang sedap laa. Kalau baju pulak , nak akai yang lawa-lawa je. Yang
buruk tanak pakai.
Yes!!! Islam bukan macam buah rojak!
kalau kita tengok sejarah dahulu,
uncle Abu Jahal tanak peluk islam bukan sebab tak suka islam . bukan sebab tak
percaya ALLAH. Bukan sebab tak suka dengan Muhammad. Malah uncle ni paling
seronok waktu Muhammad lahir dulu.
Tapi, tahu tak korang kenapa dia
tanak peluk islam? Yes, sebab dia faham apa itu SIBGAH ALLAH. Sebab dia faham
apa itu biskut cicah neslo. ehhh??
kalimah yang amat digeruni uncle Abu Jahal |
Kita setiap hari sebut perkataan ni.
Semua faham apa maksud ayat ni. Sampai ada yang dah bosan dengar. Eh, ada ke? Naudzubillah…
Perkataan dalam bahasa arab. Dan perkataan dia guna pun sangat laa simple. Takde
langsung ayat bombastik. Tapi, maksud dia sumpah demi ALLAH bombastik!
Sebab maksud yang gila bapak gempak
bomastik ni laa uncle Abu Jahal and the gang tanak sebut perkataan ini. Sebab apa?
Sebab dia tahu, bila dah masuk islam, dia kena jadi macam biskut yang dicicah
dalam neslo. dia kena masuk semua dalam islam. Tak boleh pilih-pilih macam
rojak buah. Dia kena tinggalkan berhala, dia tak boleh main perempuan, dia tak
boleh bukak aurat masa main bola, masa tidur, dia tak boleh couple berpegang
tangan dengan kekasih tak halal, dia tak boleh main dota sampai solat lambat. Ehhh?
Peng! Dush! Pang! Semua peluru,
penampar, penyapu, hammer dan segala alat seperti terkena tepat ke jantung.
‘Tapi jepp, dalam islam ni mana
boleh paksa-paksa. Tak pernah baca Quran ke. Bukan ke ALLAH kata:-
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Maksudnya: tiada paksaan dalam agama
Wow, sungguh pandai korang
memberikan ayat DIA. Bagus inilah remaja yang kita nak, tahu ayat al-Quran. Tapi,
satu je laa aku aku ada dengar dan nak share ngn korang. Jangan laa kita guna
ayat al-Quran untuk kepentingan diri sendiri atau nak ambil jalan shortcut yang
tak sampai checkpoint. Kita jugak yang rugi nanti. Even dah sampai finish line
tapi tak cukup checkpoint takde hasil apa-apa.
Ok, macam ni. Kalau kita nak cerita
apa-apa pun pasal ayat al-Quran, kita kena tahu kenapa ayat tu turun. Jom, kita
kaji siit ayat ni. Ayat ni sebenarnya turun berkaitan cerita ni:-
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Sa’id atau ‘Ikrimah yang
bersumber dari Ibnu Abbas: Bahwa turunnya ayat tersebut di atas (Al-Baqarah : 256)
berkenaan dengan Hushain dari golongan Anshar, suku Bani Salim bin ‘Auf yang
mempunyai dua orang anak yang beragama Nasrani, sedang ia sendiri seorang
Muslim. Ia bertanya kepada Nabi Saw: “Bolehkah saya paksa kedua anak itu,
karena mereka tidak taat kepadaku, dan tetap ingin beragama Nasrani?”. Allah
menjelaskan jawabannya dengan ayat tersebut bahwa tidak ada paksaan dalam Islam.
Guys, dah baca kan? Ayat ni hanyalah
untuk mereka yang belum beragama islam. Bukan untuk kita dah beragama islam. anda
islam, kan? So…
Apa peranan kita?
One more thing! Kadang-kadang kita TERASA macam nak berubah. TERASA macam nak jadi baik. TERASA macam nak fahami apa itu islam. TERASA macam nak ikut usrah. TERASA macam nak guna ana-enta. TERASA macam nak dengar pengisian ISK. TERASA macam nak jadi orang yang menang.
Tapi, RASA je tak cukup la kan. Kena la makan dan jilat jari sampai jari kaki. Takkan makan KFC je nak jilat jari. Islam tu sedap la. Sedap gila. Lagi sedap dari KFC korang tu. Kalau KFC boleh sedap hingga jilat jari. Islam ni lagi sedap hingga menjilat jari kaki.
Tuss!! Panah tepat di jantung. Malah
lebih tepat dari robin hood.
Sakit…
..BraderJepp..
..BraderJepp..
kenapa neslo bukan vico? atau teh susu?
ReplyDeleteboikot neslo..hahah taklah aku pun still minum.
melihat penulisan ko aku rasa ada potensi. tapi tapi ada style inche gab la. tiru? aku harap tak.
yknow, takpe tiru benda baik. tapi kalau ada originality lagi baik. personal opinion. taklah dilabel penciplak. write your own way. everybody should have it.
frankly said. take it or leave it. assalamualaikum.
nice entry bro..
ReplyDelete