Thursday 7 February 2013

Kereta rosak? Apa nak buat ye???

Assalamualaikum wbt...
rosak pulak...

eh, apasal tetiba kereta rosak ni ?(bukan kereta aku, aku pandai jaga kereta okay). ahaha. haa, korang semua mesti dah ada lesen kereta kan? kalau takde pun, redah je laa bawak en. apa ada hal, setakat polis ngn jpj pun nak takut apa(jangan ada polis baca post ni dah la, LOL).

eh, sebelum aku merepek macam haritu baik aku direct je en cerita. nanti berjela pulak post. homework tak siap lagi ni, so aku straight to the point je laa eh. tapi, before tu aku nak tanya korang laa. apa korang akan buat kalau....

mana org??? seramnya....

satu malam ni, korang drive kereta sengsorang. dah pukul 2pagi dah . korang nak balik kampung. ada hal penting la katanya(macam drama melayu pulak la) jalan tu kosong je, takde orang langsung lalu. kalau ada pun dalam 1jam 1kereta. tetiba korang bawak kan, kereta korang mati. masa tu, memang dah meremang dah laa bulu roma.

betul tak? and kompem korang akan bukak deskboard kereta korang. cari CD mengaji, nashid ke, bukak radio ikim ke. kankankan? ahaha. yela, nak bukak al-quran baca memang tak laa. last mengaji pun masa darjah 6 ada khatam al-quran masa hari anugerah UPSR(macam aku je tu  :P) so, huruf, baris, panjang pendek semua dah tak ingat. nak baca macam mana kan?

lepas tu, kompem korang akan bukak fon kan? bukak contact, search no siapa yang korang boleh nak call mintak tolong. tetiba call, dengar suara minah mana entah yang jawab 'maaf, anda berada di luar kawasan' masa tu, rasa nak campak fon laa kan. tak guna punya celcom, (sorry eh, celcom user  :P). masa tu jugak laa nak salahkan line. padahal korang tu dah taw nak balik kampung jauh2 service la kereta tu dulu. 'tapi, dapat emergency call, mana sempat' ok la, alasan diterima. ahaaha.

tetiba korang pun terfikir, 'apa kata aku betulkan kereta ni'. haah! memang korang taw pun pasal kereta ni ! minyak hitam pun tak taw letak mana. berangan!! naknak, perempuan, taw drive je(jangan marah ehh kaum hawa XD)tak kisah la kan , sebab masa tu. korang cuma ada dua pilihan je,

1)keluar kereta cuba betulkan apa yang boleh. tak kisah la reti ke tidak . at least korang mencuba. ''tapi takut pulak kalau keluar pastu ternampak 'cik kiah' jalan takde kaki''

2)tak pun stay dalam kereta sampai pagi. lepas tu, baru tahan kereta yang lalu situ. nak tahan kereta yang lalu waktu pukul 2 tu takut tertahan abg john takde kepala.

habis, apa nak buat ni. semua ada je benda yang tak patut datang nak datang. korg fikir punya fikir. 'hah! kereta ni mesti ada manual dia sendiri. apa kata aku bukak manual ni, baca pastu boleh laa kut aku betulkan'
betu tak ?

pandai rupanya korang ni berfikir di saat genting macam ni. (jangan perasan, aku yang bagi idea ni) korang pun keluar dan berusaha membaiki kereta korang tu. ok, laa sekian sahaja post ni. GUD LUCK betulkan kereta tu. bye!
manual untuk manusia, tak nak baca??

 وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

 Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.

eh, apasal ni? kata dah habis? tetiba ada ayat al-quran apa kes. 'bajet alim mamat ni apahal pulak'. ha, ni ayat paling aku panas. allergic sangat ke ngn ayat quran. baca sikit, bajet alim laa apa la. ha, kan dah maraj ni. sabar jepp sabar,,,,, 

ok, sorry merepek lagi, ahaha. ok laa, aku nak cerita sikit laa apa kaitan cerita tadi dengan ayat ni. sebenarnya kan, korang taw tak setiap benda yang kita beli macam laptop ke peti ais ke kereta ke semua ada maual dia sendiri. kita tak perasan sebab tak pernah nak baca pun. bajet dah reti guna. tapi, pakai baru 2,3 bulan dah rosak. then, salahkan product tu tak tahan lama. kesian company tu, dah buat elok2 siap bagi manual korang tak baca lepas tu rosak salahkan org yang buat. 

ok, dah nampak belum point kat sini? apa?? tak nampak lagi. berjela taip ni tak dapat lagi? ok , laa aku sambung lagi laa sikit. actually, macam ni. ok, let say kita samakan kita ni dengan kereta. bila kita rosak, maksudnya ada masalah ke ditimpa musibah ke, apa ke kan. 

so, apa kita buat? kita cari manual kita. apa manual kita? tak tahu ? haish, ni yang nak marah lagi ni. ehehe. sorry, gurau. cuba baca ayat kat atas tadi, dia kata apa? al-Quran diturunkan untuk  jelaskan sesuatau dan sbg petunjuk . kan ? 'eh, kenapa pulak ? apa kaitan? ada masalah, selesaikan laa sendiri?' 

haa, tengok! nampak tak kaitan dia kat situ. korang bajet taw semua pasal laptop korang sampai malas nak baca manual lepas tu, kejap je dah rosak. sama laa macam diri korang. sebenarnya, al-Quran ni turun untuk selesaikan semua masalah korang? kenapa?

 ok, aku tanya korang siapa yang buat manual laptop asus?(laptop aku tu weh) mestilah orang yang cipta laptop asus tu kan? kenapa korg percaya dengan manual tu? sebab, hanya org yang buat tu je laa taw semua benda pasal laptop tu kan. dari A sampai Z. 

so, sama laa macam ALLAH swt. dia taw semua masalah manusia. DIA bagi korang masalah tu. sebagai ujian, DIA nak tgok korng pakai tak manual yang dia bagi tu. ok, dah nampak kan? so, yang lain tu terpulang kepada kita. dan, aku taip panjang2 ni untuk peringatan aku sebenarnya memandangkan takde orang pun baca post aku(alahai sedihnya bunyi). 

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya 

ha, lagi satu aku nak tambah. korang tu kalau ada problem, tak payah nak cuak ke apa laa eh. sebab ALLAH dah kata dah dia takkan bagi apa yang korang tak mampu. asal ? tak caya kat DIA? tak caya sudah. lantak korang ahh kan . ok, nak sambung buat homework math? siapa nak tolong, angkat tangan siket? dahdah! merepek je..kbye. ahaha


..BraderJepp..

No comments:

Post a Comment