Monday 15 April 2013

Hausnya...Ada sesiapa boleh bagi air sikit?

Haus...Penat...


Bayangkan anda berada pada hujung minggu. Pergh! Sumpah penat laa kan dengan assignment yang berlambak. Tambah nak stadi lagi next week nak exam. Huh

Lepas subuh di mesjid kg pasir dua butir. Anda berhajat nak terus balik. Penat la katakan.

‘Manusia biasa perlukan rehat yang cukup, tidur 6 jam, blablabla….’

‘Asek-asek mengaji je. Buat laa pulak benda lain, bosan…’

‘Errr, mathurat tu baca petang laa. Pagi ni sejuk semacam. Kalau dapat tidur dengan selimut dari Venice mak beli semalam, walawehhhh…!’

Tiba-tiba, uncle tukang azan mesjid membuka kaset klasik bacaan ayat-ayat cinta oleh Syeikh Masyari Rashid al-Afasi. Pergh! Mengashikkan, adele pun kalah kutt.

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: ’Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikut, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya’……………
(Al-baqarah,2:249)

Ehhh, kisah Talut dan Jalut??? Macam pernah dengar murabbi cerita haritu. Ahhh! Lupa pulak....

Ok, jom seselow kita ingat. Ehehe

Talut actually, adalah Raja selepas kewafatan nabi  Musa. Talut diangkat menjadi raja oleh Empunya zat yang sumpah maha tinggi tiada sekutu bagiNYA. ALLAH Azza wa Jalla. Wow!

Kalau sekarang, Raja-raja melayu semua dok melayu. Sampai ada bertepuk-tampar, siku-menyiku, jentik-menjentik, geli- menggeli sesama sendiri semata-mata berbicara mengenai jawatan sultan atau raja sekarang yang semua masih menggaru-garu kepala yang tak gatal, tentang tugas raja sekarang.

Wahh! Melampau nampak BraderJepp. Kian menajam keyboard dia. Hehe

Hah! Anda kena tahu. Raja-raja dahulu, Talut, Sultan Muhammad al-Fateh, bahkan baginda S.A.W sendiri sebagai ketua negara pergi ke jalan untuk menghadap kafir-kafir yang menentang Azza wa Jalla. Bukannya, pergi membeli pemain sepak guli bernilai jutaan malah billionan untuk membarisi tentera-tentera al-Takzim.

Upssss! Riwayat ini tiada kaitan antara hidup dan mati…Senyum jelir lidah

Diabadikan memori silam kisah pahit manis raja Talut dalam surah lembu. Ayat 246-251. boleh cari sendiri. Tak berat pun rasanya surat cinta DIA tu.

Dah kata dia ni pergi berperang kan. So, ada lah tentera dia yang ramai tak terhitung dek belasan jari ni. Tapi kan, nak kena lawan dengan kapir-kapir ni bukan senang taw. Kalau nak menang, ramai cemana pun tapi badan lembik tak makan sayur. Errr?

 Muka ganas cemana pun hati ada taman. Takut, ramai yang pengsan je padahal baru tengok pedang-pedang askar Jalut berkelipan bak bintang di angkasa. Cewahhh!

Kualiti bukan kuantiti!

Yeah, pantun satu kerat. Itu lah gambaran kepada kisah Talut dan Jalut. DIA yang maha memilih dan menapis pahlawan-pahlawan untuk berada di jalan DIA yang sumpah panjang ni telah uji askar-askar Talut dengan sebatang sungai. Alahai, sungai je pun….

Arakian maka selepas tu pun, hanya mereka yang lepas dengan pepeiksaan akhir tahun oleh DIA pencipta dapat berada di jalan yang finish line tu ada awek-awek yang suci lagi bersih. Bak kata Ustad Seman, kentut awek tu pun wangi. Fuhhh!

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan/isteri- isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah,2:25)

313 vs 1000
1000 vs 3000
3000 vs 10000

Anda nampak permainan dia disitu? Sikit pun, tapi kalau semua macam orang kebulur ratah kapir-kapir tu. Setakat 10000 macam jentik semut bagi mereka.

Errr, bukan itu saya mahu tekankan. Back to ayat tadi. Copy paste sekali lagi ehh. Lihat dengan mata hati jantung buah pinggang dan pundi kencing anda.

‘…………… dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikut, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya…………….’

Penat sangat? Nak minum air sungai tu?? Takde masalah bro! Asalkan jangan teguk 3-4 botol sudah laa. Nanti buncit perut. Dah tak larat nak sambung pergi finish line.

Nak rehat, tidur? Boleh…Tapi jangan overdose. Sampai runtuh 5 tiang islam tu. Bukan senang nak tegakkan balik.

Nak bergitar, berdrum dan berkerincing? Boleh, asal jangan tak ingat dunia dan jiran sebelah sudah lah.

Nak berfutsal, bola tampar dan berugbi? No problem! Asal pakai 3 kuater atau seluar labuh sikit bagi tutup tempurung kepala buruk macam kuali tu.

Nak layan korea, Jepun dan India? Hmmm, yang ni pepandai laa main cak-cak dengan laptop tu bila auntie-auntie tu tunjuk peha dia yang sejuk sangat rasanya. Takut terbakar je mata kita nanti kat sana. Kalau anda ada alas kalis api jahanam takpe laa. Errr, boleh bagi saya satu?

Senyum jelir lidah :P

[Gambar Sekadar Hiasan]

 Jadi, pastikan saya yang mahukan ketemu gadis-gadis dan awek-awek yang tunggu kat finish line tu dapat berlari macam usain bolt. Rugi rasanya tak dapat bercubit-cubitan dan senggol -senggolan dengan mereka.

Anda? Jom la kejar gadis-gadis tu? Yang saudari di sana jangan risau ehh? Bukan lelaki je dapat nikmat ni. Anda pun sama. DIA kan adil?

BraderJepp



1 comment:

  1. Alhamdulillah cara tulis makin matang! 頑張ってね!

    ReplyDelete