Wednesday 24 April 2013

Fitnah? Salah siapa?

Aku kah?



Assalamualikum warahmatullah. First time bagi salam before start menulis. Bersebab, anda tahu? Ok, apa sebabnya?

Sebabnya, saya minta agar anda menjawab salam ini. Dan saya harap anda akan jawab segala persoalan saya selepas ini. Bukan di dalamkomen dibawah ini. Cukup sekadar anda renungkan dan jawab sendiri dalam hati.

Sebelum tu, saya harap anda semua dapat serius membaca post ini. Post kali ini bersifat nakal dan ingin menggertak jiwa dan santun anda. Awas bagi mereka yang kerjanya asek bergurau 24 jam. Anda tidak sesuai membaca. Melainkan anda mulai serius selepas titik noktah saya selepas ini.

Baik, anda bersedia?

Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita yang sangat mengecewakan. Bukan adik saya tak lepas test JPJ atau kakak saya fail dalam final exam. Bukan! Itulah berita tentang  jalan yang indah ini. Jalan mencari cinta DIA.

‘Saya dengar BULATAN-BULATAN GEMBIRA (usrah) di sini bawak ajaran syiah?’

Pang! Terasa seperti kepala diketuk dengan batang besi. Kepala yang tersengguk-sengguk tadi terus-menerus tegak mendengar ayat tersebut terselit keluar dari mulut ustaz yang sedang menyampaikan kuliah maghribnya.

Terasa ingin menjawab saje.

‘Kami ada tambah kalimah azan dengan kalimah ALI ke?’

‘Anda pernah nampak kami merobek dada kami pada 10 muharram?’

‘Atau anda pernah terdengar kami bersyahadah dengan menambah ALI selepas nabi MUHAMMAD?’

Saya tidak berniat ingin menyalahkan ustaz, makcik café, abang cleaner atau sesiapa sahaja. Perkara sebegini sering berlaku. Lagi-lagi di akhir zaman seperti ini dunia penuh dengan fitnah. Fitnah terhadap ISLAM. Fitnah terhadap orang yang membawa ajaran ISLAM dan fitnah terhadap mereka yang ingin mengamalkan dan memperjuangkan islam.

Persoalannya? Salah siapa? Anda nak salahkan makcik café atau abang cleaner? Errr….Mereka tak buat salah apa pun rasanya. Habis tu? Salah siapa?  

Celakalah bagi orang yang bercerita kepada kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia... celakalah dia…
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

‘Errr, kenapa dengan hadis ni?’

Anda ada cermin? Pergi ambil cermin kejap, mari kita lihat diri sendiri. Kalau boleh cermin mahal sikit biar boleh lihat diri kita sampai ke akar umbi. Ehehe!

Baik, mungkin anda terlupa. Mari kita cuba ingatkan. Kalau dulu kita ada belajar tentang qauliyah (perkataan) dan fi’liyah (perbuatan). Alaaa, macam beriman dari segi qauliyah dan fi’liyah. Syirik dari segi qauliyah dan fi’liyah. Macam tu jugak lah hadis kat atas tu.

Anda nampak permainan dia?

Kekasih ALLAH mencela mereka yang berkisahkan kebohongan. Yang menyebarkan fitnah. Tetapi itu dari segi qauliyah. Anda rasa, anda agak-agaklah fitnah dari segi fi’liyah ada tak? Berapa banyak dalam diri kita?

Dalam i/c tertera ISLAM. TAPI, kita orang pertama yang membangkang islam.

Kita solat 5 waktu sehari semalam. TAPI, kita main futsal pakai seluar pendek.

Kita baca al-Quran nak tambah pahala. TAPI, kita langgar hukum-hukum dalam tu.

Kita ikut jalan TARBIYAH dan DAKWAH. TAPI, masih bergaul-uli, ramah-mesra, terbahak-bahak, sesama ikhwah dan akhawat. Sesama boboy and gegirl.

Kita pergi DAURAH sana-sini. Bertemu sesama ikwah mencari ukhwah. Berjumpa sesama akhawat merapatkan ukhwah.

TAPI, kita orang paling khusyuk apabila berada di medan DOTA dan sekutu dengannya.

TAPI, Kita juga yang paling seksi, anggun, menawan menggayakan fesyen berbaju tapi berbogel.

Kita melaungkan Syahadatul Haq dan Sayounara Jahiliyyah. TAPI, kita masih leka dibuai buaian cinta 3 bulan.

Erghhh! Tolong cabutkan tombak tersusuk di jantung saya. Sakit laaa

Kesan lepas tu. Islam difitnah agama kejam. Pembunuh nombor satu dunia. ‘ISLAM TERRORIST!’. Islam dikenali agama kuat sembang. Islam famous dengan dadah, rempit, buang bayi, disko! Puncanya???

Anda sudah lihat cermin tadi? Ya, kita lah! Anda lah! Saya lah! Kita semua menjadi punca semua ini berlaku.

 Disebabkan kita. Golongan ‘not yet muslim’ tidak ada rasa lagi untuk mencari islam. disebabkan kita, mereka yang membawa ajaran islam, yang mencari TARBIYAH menghulur DAKWAH difitnah. Dikatakan kuat sembang. Hanya tahu berbulatan sahaja. Hakikatnya, seperti ‘iron baju takde letrik’.

Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki diwaktu pagi masih mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir, dan diwaktu petang masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia
(Riwayat Ahmad - 8493)

No comments:

Post a Comment