Sunday 14 April 2013

Ehh, Main Nyorok-nyorok Pulak…?

[gambar sekadar hiasan]


Assalamualaikum pembaca. Errr, ada ke pembaca? Ahaha. Ya, saya laa pembaca. Penulisan untuk diri sendiri. Terbaik bukan?

Orang kata, telinga kita paling dekat dengan mulut kita sendiri yang bercakap. Kita jugak, orang pertama yang akan baca apa yang kita tulis. Haa, anda nampak permainan di situ?

Ya, itulah antara tujuan saya menulis. Mengingatkan diri sendiri yang tak teringat. Menyedarkan diri yang tak sedar dan memuji diri sendiri yang tak dipuji. Errr? Ok, sila abaikan yang terakhir. :P

‘Ke mana hilang BraderJepp ni?’

‘BraderJepp ni merajuk ke apa, gaib pulak?’

‘BraderJepp ni main nyorok-nyorok ke apa. Macam budak-budak!’

Ok, saya tahu takde pun orang cakap macam tu. Ahai, biasa laa. siapa nak puji kalau bukan diri sendiri. Orang lain puji nanti, takut jadi lain pulak kan. Lebih baik perasan dari berperasaan. Errr, kaitan??

Baiklah, saya mulai ingin surius. Lihat muka saya(--). Surius bukan? Baik, saya juga minta anda surius. Anda bersedia melihat ke’matured’an saya? Ehehe!

Post ini mungkin lebih kepada misteri kehilangan BraderJepp. Ok, perasan lagi. Ehehe! Dan persoalan kenapa dan mengapa. Jangan risau. Anda tidak perlu menjawab.

Pertama-tama, saya ingin mengucapkan jutaan gulungan dan hamparan terima kasih kepada saudari x$#^%*!/(@. Ambil perhatian, ini bukan mencarut. Ini nama beliau! Takut nanti orang dari kubur sedutan pendekar bujang lapuk akan bangun dari kubur dan tangkap beliau. Lalu dibuat satey dan dihantar kepada satey kajang. Errr. Ok, itu melampau.

Jika anda sedang membaca sekarang, harap anda tak kembang bontot sehingga koyak seluar yang anda pakai sekarang. Wehooo! Nanti malu, blushing pipi merah dan jadi angry bird merah tu. Lalu anda akan dipaksa untuk membunuh hewan-hewan hidung penyet.

Wow! Hebat betul kronologi itu. Ehehe

Agama itu nasihat. Kami bertanya: 'Untuk siapa?' Baginda menjawab, 'Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi manusia umumnya'.
(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)



Your ‘ frankly said’ telah buat saya terpanah. Dushhh!! Seperti tombak menusuk ke dalam jantung sahabat, Mus’ab bin Umair. Ehhh, siapa tu? Haaa, nanti kita story-story lagi. Ehehe

Sebelum tu, ijinkan laa saya ingin mengulas lagi tentang nama yang saya pilih ini. Biskut Cicah Neslo! Sejujurnya, saya mengaku. Saya amat lah lemah iman. Saya hampir-hampir mengalah untuk menulis. Ya, mungkin disebabkan panahan tadi. Terasa tiada ubat untuk mengubati luka itu.

Namun, saya percaya. DIA sengaja menguji saya. Alaa, macam anda punya buayapren dan gilerpren laa. kalau nak tahu sama ada si dia mencintai anda dengan sepenuh jiwa, raga, dan bakul sampah. 


Alahai… Geli!

Pastinya, anda akan guna pelbagai cara. Ambil fon kawan, dan mesej si dia. Menggoda pelbagai teknik dan tipu muslihat. Pastikan si dia cair atau tidak dengan orang selain anda. Anda pernah buat bukan? Ehehe

Begitu juga, KEKASIH saya. DIA pun akan uji saya. Lagi laa macam-macam. Di landa tsunami, taufan, todak menyerang pun dia akan uji. Entah mampu atau tidak, hanya PERISAI DOA mampu menahan. Cewahhh!

Errr, macam dah lari je…

 So, berikutan berlakunya detik-detik cemas saya ingin berhenti menulis. Saya terasa ingin juga ingin menggunakan khidmat murabbi terchenta saya.

‘Abang, saya nak berhenti menulis laa.’

Dengan macho dan osemnya dia menjawab.
‘Boleh je. Tapi kenapa?’

Ahaha! Jujur! Saya terkejut mendengarnya. Seakan-akan tidak kisah akan diriku ini. Tapi, tiba-tiba tertera ‘typing…’ pada screen whatsapp. Saya membiarkan…

‘Kena kritik ke?’

Wow! Sumpah hebat murabbi terchenta ku. Macam mana dia tahu. Hmmm, mungkin ada ikatan benang emas yang menghubungkan otak ku dengan otaknya. Fuyyohhh

‘Eh, mana abg taw. Haah, pasal nama.’

Itulah jawapan ku. Nama Biskut Cicah Neslo telah menjadi kontroversi dunia. Berikutan Aktiviti Boikot Israel Sedunia (ABIS). Errr, ada ke shotfom tu?? Ehehe! Lalu, mungkin nama ini akan menyebabkan BraderJepp akan diboikot juga oleh seantero dunia.

Ahhh! Mustahil!!!!

Seperti biasa, beliau tenang menjawab.
‘Nama tu NESLO kan? Bukan NESTLO? Dah tu, rilek je laa. Bukan nama sebenar pun.’

Betul, saya amat setuju. YES!! Ada jawapan nak balas dekat saudari tadi. Anda nampak permainan dekat situ? Ehehe

Saya kira, kalau pun saya dipanggil ke medan mahkamah. Saya akan menang kes ini dengan alasan yang konkrit lagi bersimen. Fuhhh

Hmmm, kejap! Bukan itu yang saya mahu tekankan. Bukankah saya sudah jelaskan tentang nama ini? [Baca Tentang Biskut Cicah Neslo]. Nama pun sebenarnya tidak seharusnya kita pandang untuk menilai sesuatu. Sesuatu bukan pada rupa!

Macam buah durian laa. Tengok dari luar. Pergh, berduri seyh! Boleh mati ni kalau makan. Haa, cer try makan sikit. Termuntah- muntah muak pun nak makan lagi.

Tak percaya? Ok, sekarang tengok bunga rafflesia. Lawa gila kan? 1st impression kita?

‘Wow, lawa nya bunga ni. Besar gila kut. Mesti wangi gila-gila ni. Kalau buat perfume ni, pergh! Kalah axe effect dan playboy.’

Haa, cer try bau siket. Koma dua bulan jangan salahkan BraderJepp. Ehehe

[Angel Pakai Gucci]

Nak kasi nampak sikit? Baiklah, saya contohkan karya IncheGabbana, Angel Pakai Gucci. Lihat namanya, GUCCI.

‘Hish, apa dia ni. Letak nama produk laknatullah tu. Tak menggambarkan islam betul’

Wow!!! Takut saya dengar hujah itu.

Anda pernah membaca karya-karyanya? Lihat, nama bukan segalanya bukan? Penulis ada sebab tertentu atas nama yang mereka pilih. Jangan lihat pada luarnya. Tapi pada isinya.

Jangan kau lihat siapa yang berbicara. Tetapi lihat apa yang dibicarakan.
(Saidina Ali)

Bahawasanya, ALLAH Taala tidak melihat pada rupa kamu dan badan kamu. ALLAH hanya pandang pada hati kamu
(Riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Senyum sikit…

Tapi…Kenapa neslo?

Ok, itu kerana saya mengalami kegagalan untuk berfikir tentang air apa yang sedap. Lalu, disebabkan cinta akan sahabat-sahabat yang hampir setiap malam minum neslo berjemaah. Saya tertarik untuk mengabadikan memori itu dalam penulisan ini.

Tambahan, masa tu. Akiviti ABIS belum dilancarkan secara meluas. Jadi, seribu kemaafan dari kekhilafan ini. Saya pun manusia macam anda.

BraderJepp


No comments:

Post a Comment