HIJRAH |
Errr, dah lama rasanya tak hapdet blog
ni. Mula-mula nak masuk tadi banyak juga lah sawang-sawang, sarang labah-labah
pun ada. Yang tak puas hati tu, macam mana sarang jahiliyah tu boleh ada balik.
Aisehman!
Kfine. BraderJepp bersihkan sarang-sarang
tu. Kalau Allahyarham P.Ramlee boleh nyanyi dengan saloma buang yang keruh ambil yang jernih. BraderJep pun nak nyanyi
jugak lah. Boleh?
Buang jahiliyah,
Ambil qudwah,
Baru teguh,
Muwasofat tarbiyah…
“Ohoi, slow sikit volume tu boleh
BraderJepp. Anak tengah tidur ni…!”
Tapi, anda tahu betapa bukan semua orang
seperti anda. Mudah untuk berhijrah. Henshin! Dan berubah menjadi watak baru
seolah-olah cerita penunggang bertopeng. Kerana itu lah, manusia itu umpama
logam! Masing-masing dengan personaliti masing-masing. Dan, susah untuk
BraderJepp ungkapkan disini. Pasti akan berjela dan anda pasti akan menekan
sahaja butang ‘x’ di hujung penjuru sebelah kanan atastanpa segan atau silu. Betul
tak.?
Errr, tapi nanti dulu. Bagi BraderJepp
habiskan sikit eh..?
Anda pernah dengar kisah pembunuh kepada
99 nyawa. Errr, saya tahu pasti semua pernah medengarkan. Tapi, sudikah anda
memdengarkannya sekali lagi? Kali ini versi BraderJepp. Sungguh, anda pasti
tidak menyesal. Heh!
Kisah ini mengisahkan Tailong (bukan nama
sebanar), seorang gangster yang hidupnya tiada lain semata-mata bertujuankan
untuk berfoya-foya. Dia dibesarkan dengan penuh jahiliyah. Dalam kamus hidupnya
hanya ada lima perkataan.
HARTA!
PEREMPUAN!
KUASA!
HIBURAN!
SERONOK!
Hidupnya 24/7 memang untuk mengabdikan
diri kepada 5 perkara tersebut. Sehinggakan dia sanggup untuk mengorban nyawa
orang disekelilingnya. Dikejarnya HARTA ibarat itu nyawanya. Ditukarnya
PEREMPUAN tak ubah seperti bajunya. Dirampasnya KUASA kerana itu nadinya.
HIBURAN menjadi kerja sepenuh masanya. Seronok itu satu-satunya perasaan pernah
dirasai.
Nak dijadikan cerita, dia terjumpa satu
hobi baru. Dan hobinya sangat pelik, saya tak pasti kenapa tapi itulah hobinya.
Iaitu, membunuh! Dia sanggup belajar teknik-teknik baru untuk membunuh. Dan dia
juga sentiasa menghapdet gajet-gajet terkini sebagai alat untuk membunuh. Semata-mata
untuk memenuhi hobinya untuk memisahkan jasad dengan roh.
Sampai satu masa ni, dia pun dah penat. Setelah
dikira-kiranya total nyawa yang telah dia tamatkan riwayatnya. Tak cukup jari
kaki diambilnya jari-jari yang tidak lagi berdenyut untuk mengira. Almaklumlah,
zaman masih tiada alat kira-kira ataupun abacus. Memang tak jumpa lah cerita
dia…
Bila dijumlahkan, terkejut jugalah dia.
99 nyawa sudah dia ratah. Dalam hatinya, memuji-muji diri sendiri. Nak jadikan
cerita lagi, dia tiba-tiba terbuka siaran tv al-hijrah. Dan dia belajar satu
perkataan baru. Iaitu perkataan keenam. TAUBAT!
Dia merasakan amat lunak suaranya memacah
sepi saat dia mengungkapkan kalimah itu. Dia pun, berjumpa dengan orang yang
paling warak ketika itu untuk bertanya. Dan bermulalah sesi dialog antara
mereka
Tailong(bukan nama sebenar) : Syeikh, apa
macam muka banyak senang? Ada baik?
Rahib: Aku tahu kenapa kau ke mari?
Tailong: Wahh, bukan main pailang nampak.
Aku tak cakap kau dah tahu. Takpe, aku saje nak tanya.
Rahib: Ok, tanya…
Tailong: Citer dia macam ni, aku dah
bunuh 99 orang. Dan tadi, aku terbuka tv al-hijrah. Rahib tu ada cakap pasal Taubat. Agak-agak kau lah,
taubat aku diterima tak?
Rahib: Wow! Sorry to say, memang tak
dapat lah citer dia. Banyak kot 99.
Taliong: Baik, kalau begitu. Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hiah!!!!
Maka, tamatlah riwayat sang rahib tadi
dan genap 100 nyawa telah dia bunuh. Dia pun pergi membawa diri. Masih tidak
berpuas hati dengan jawapan sang rahib tadi, dia berjumpa dengan rahib lain dan
menujukan soalan yang sama.
Dengan machonya rahib itu menjawab.
“Siapa yang dapat menghalang-halangi
antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke taman hijrah (pun
bukan nama sebenar)”
“Sebab
di situ ada kaum yang menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada
Allah itu bersama mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab
tanahmu adalah negeri yang buruk”
Yesss!!! Perkataan ketujuh dia belajar.
ALLAH Ta’ala.
Tanpa berfikir tiga kali. Cukup dengan
dua kali sahaja dia meninggalkan istananya dan bertolak ke taman al-hijrah
tadi. Dalam perjalanan, dia mengalami bermacam jenis rintangan dan halangan. Kadang
terasa ingin berpatah balik.
Dia cekalkan hatinya. Terus bergerak. Melangkau
onak dan duri. Meredah semerah lautan api. Mendaki gunung nan tinggi. Malang tak
berbau, dia terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa. Yang memilukan
lagi, nyawanya turut diragut. Belum sempat dia ingin meng’henshin’kan dirinya. Dia
telah diambil oleh Tuhan.
Saat rohnya ingin diangkat berlaku
pergelutan antara malaikat rahmat dan malaikat azab.
Malaikat Rahmat: Dia datang dalam keadaan
sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah
Malaikat Azab: Bahawasanya orang ini sama
sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun.
Dengan izin yang MAHA berkehendak, datang
seorang lagi malaikat menyerupai manusia untuk mengadili siapa yang layak untuk
mengambil roh si pembunuh 100 nyawa tadi. Langsung malaikat itu berkata.
“ Ukurlah
olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya,
maka orang ini adalah untuknya”
Sedarsawarsa itu, mengukur lah sekalian
malaikat jaraknya antara tempat eksiden tadi dengan kawasan perumahan si
pembunuh dan kawasan taman al-hijrah.
Maka, anda tahu milik siapa kah roh si
pembunuh tadi…?
JengJengJeng!
Anda pun sudah tahu, bukan? Sungguh,
benarlah jarak tempat eksiden itu adalah lebih dekat dengan taman al-hijrah
berbanding perumahan asal si pembunuh itu. Atau mungkin hanya beberapa langkah
sahaja lagi. masyaALLAH…
Errr, macam krik-krik je. Macam bosan je…
Itu lah, memang cerita ini ramai antara
kita sudah tahu. Tapi, berapa kerat yang benar-benar dapat mengambil ibrah
disebalik kisah ini.
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah)
memberikannya kefahaman dalam Ad-Din(Agama).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anda tahu kenapa BraderJepp open balik cerita ini. Sebab,
BraderJepp perhatikan di sekeliling saya, anda dan kita semua. Sungguh ramai
yang bahunya sudah dilanggar oleh makcik ‘Hidayah’. Dan tak mustahil, pasti ada
yang dirempuh dengan Bugatti Veyron yang dipandu makcik ‘Hidayah’.
“Errr, pandai juga makcik ‘Hidayah’ bawak kereta. Siap Bugatti Veyron lagi tu. Huish taknak kalah
betul…”
Wahai, usah anda bimbang. Benar, memang betul hijrah itu amat
sukar. Mana mungkin kita akan meninggalkan apa yang kita ada. Apa yang kita
rasakan sudah cukup untuk kita. Sebagai bekal di masa hadapan.
Macam Tailong yang bukan nama sebenar tadi itu lah. Dia merasakan
sudah cukup 5 perkataan yang dia tahu untuk membawanya senang di masa hadapan. Untuk
dia bersenang-senang. Tapi, bila mana dia sedar sahaja yang masa hadapannya ‘lebih
panjang’. Dia rasa perlu belajar lebih dari itu. Maka, dapat lah dia 2
perkataan baru tadi.
Haha…! Anda nampak permainan di situ? Nak tengok lagi..?
Kita masing-masing punyai kampung halaman, betul tak? Bila tiba
musim cuti sem, cuti raya atau cuti apa sahaja. Kita pasti nak balik kampung. Melihat
ayam, itik dan lembu. Memberi kucing makan dan sebagainya kan..?
Baik, saya tanya anda? Di mana kampung halaman anda? Tempat asal
anda? Dari situ wujudnya anda, saya dan cuba lihat sekeliling anda. Ya, betul! Kita
semua sekampung. Tapi, di mana kampung kita? Kampung anda dan kampung saya?
Es. Wai. Yu. Ar. Ji. Ae.
Anda pernah mengeja perkataan itu dahulunya ketika anda di
bangku tadika kemas atau pasti atau apa sahaja lah.
SYURGA. Betul? Jadi, apa salahnya sekarang ini anda belajar
mengeja pula bagaimana untuk kita
sama-sama pulang ke kampung. Bukan ketika musim cuti sem atau cuti raya. Tapi,
cuti buat selama-lamanya.
Anda..? Anda ok ke tu? Macam dah basah je..
Sungguh, anda harus ingat! Ketika anda merasakan anda
kesunyian. Keseorangan mencari jalan pulang. Dan memang tak dinafi akan ada
banyak suara-suara garau, suara nyaring malah suara yang bisu turut akan
bersuara untuk menjatuhkan kita saat kita mula ingin berhijrah.
Belajarlah dari si Tailong tadi. Dia juga bersendirian
mencari taman hijrah. Berselang-selikan onak duri, ranjau dan lautan berapi. Semuanya
dia redah. Malah, dia juga tidak sempat untuk sampai apatah lagi berubah
menjadi pahlawan bertopeng memakai jubah.
Anda tahu kenapa? Kerana ALLAH itu maha kasih dan sayang akan
hambanya. DIA tidak lah melihat HASIL. Tapi, apa yang anda dapat lihat, ALLAH
itu melihat pada USAHA. Sejauh mana anda berusaha untuk bertukar menjadi yang
lebih baik dari apa yang anda ada sekarang.
Errr, tapi. Jangan pula anda baru berusaha sedikit. Terus,
anda beri alasan.
“Eh, saya sudah berusaha apa BraderJepp. Cukup lah tu nak apa
lagi? ALLAH kan lihat USAHA bukan HASIL”
Errr, pernah makan selipar jepun saiz 9 tak?
Anda cuba tengok balik kisah si Tailong tadi. Kenapa ALLAH
tetapkan cara nak tentukan baik atau buruk si tailong itu dengan mengukur
jarak? Hah, sila lah bermain teka-teki atau menggaru-garu kepala anda yang tak
gatal tu?
Anda dapat cari jawapannya? Yes! Betul. Kerana dari situ
ALLAH menilai sejauh mana USAHA si Tailong tadi. Jika ditakdirkan si Tailong
itu eksiden di 200 meter pertama. Dengan hatinya yang masih berhasrat ingin
berpatah balik. Mungkin juga dia tidak akan dapat di bawa oleh malaikat rahmat.
Tapi, segalanya mungkin berlaku. Kun, maka yakun! Kita bukan
malaikat untuk menilai baik buruk seseorang. Aptah lagi tuhan bagi menentukan
syurga neraka. Kita hanya yang hina mencari jalan pulang ke kampung halaman.
Wallahu a’lam.
Keep calm & Hijrah :D
..BraderJepp..
Duhai, anda yang sedang membaca tulisan marhaen ini.
BraderJepp berdoa agar saat dan ketika ini makcik ‘Hidayah’ sedang perhatikan
anda dari belakang ketika ini dan bersiap sedia untuk menyeggol bahu anda
sekuat hati!
Tak percaya, cer toleh belakang. Haaaaa….
P/S: Ini saya sertakan link hadis asal daripada kisah si Tailong bukan nama sebenar. http://hadisrs.pusatkajianhadis.com/id/index.php/kajian/tema/163/orang-yang-membunuh-99-orang
nice story, thanks
ReplyDelete