Tuesday 10 September 2013

Antara ikhwah dan akhawat...

Ikhtilat, PELIHARALAH !!

Baca tajuk...

Gulp !

Maaf. Jujur saya katakan. Saya sudah lama ingin menulis tentang isu ini. Bukan kerana ingin menegur rakan dan taulan yang ada kaitan dengan isu ini. Tapi, semata-mata ingin menulis untuk peringatan diri di masa hadapan. Lagi pun, menulis itu hobi. Senyum !

Errr, satu lagi pengakuan. Boleh ?

Boleh jadi juga post ini ditulis kerana diri sendiri yang berada dalam isu ini. Isu yang takkan tamat. Tiada istilah ‘the end’. Sehingga status Baitul Muslim itu berjaya di hapdet. Hoyeah !

Bila sebut perkataan ikhwah (saudara lelaki), atau akhawat (saudara perempuan). Maka ada suara-suara nyaring yang berbunyi.

“Kejadah ikhwah akhawat ni? Cakap boboy gegirl sudah laa”

“Apa beza pulak. Sama laa tu. Ikhwah means lelaki. Akhawat means perempuan. Nak payah-payah sebut arab sampai terkeluar kahak buat ape bro?”

Gulp! Telan air liur. Pahit! Itu lah, siapa suruh tak baca post BraderJepp yang lepas. Ecewah..

Rilek dulu. Gelaran ini sengaja saya beri kepada mereka yang saya katakan osem! Mereka ini sanggup bergadai masa, harta dan pusaka. Semata-mata ingin lihat islam itu berjaya ke tempat asal nya. Dimana? Yeah, itulah Ustazatul Alam!

Kejap, nah saya bagi link dia.. (Siapa dia gerangan ikhwah dan akhawat..?)

 

Agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat”. Mereka (para sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam kaum Muslimin atau Mukminin, dan bagi kaum Muslimin pada umumnya.”
(Riwayat Muslim no 55)

 

Baik, anda sudah siap sedia dengan perkara yang tidak dapat anda jangkakan selepas ini. Kalau begitu, sediakan lah baju besi beserta perisai untuk menepis segala ombak ranjau dan duri sepanjang post ini. Heheh ! Amacam seram tak bunyi..?

 

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan……
(Ar-Rum,30:21)

Baik, memang benar! Perasaan cinta, kasih, sayang, rindu dan apa sahaja tentang itu tidak salah. Bahkan anda tahu, itu juga nikmat kurniaan DIA. Sama seperti nikmat islam, iman, sesedut nafas dan kalau saya huraikan lagi, pasti anda akan menekan terus butang ‘x’ di penjuru atas sebelah kiri. Benar?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman,55:57)

Anda sanggup untuk mengkufuri nikmat kekayaan anda? Berjoli sini, masuk pub situ, singgah disco sana. Atau anda sanggup untuk mengkufuri nikmat lidah anda dengan membasahkan lidah dengan carutan, hasutan dan gossipan? Uhukhuk!

Batuk lagi…

Jadi, bagaimana pula dengan nikmat yang satu ini? Anda ingin mendustakannya? Dengan mengejar akhawat tercintun anda. Mengabaikan DUA tanggungjawab anda dan memfokuskan kepada maggi cintan anda ini. Ok, silakan kalau anda ada jawapannya saat bertemu YANG MEMBERI CINTA itu..

Seperti saya katakan tadi. Saya juga pernah dan masih berada dalam isu hangat ini. Jadi, saya pernah ditegur oleh seorang akh yang saya respek. Saya sudah tahu. Namun entah kenapa sentuhan dari akh itu sangat menggoncangkan jiwa dan tarbiyah terhadap saya. Eceh…

“Bro, kau kena tahu. Ajal, maut, JODOH, semua di tangan ALLAH. Dah tertulis lagipun di atas sana siapa jodoh kau. Kau usaha lah macam mana pun. Bahkan, kalau kau dapat kahwin sekali pun dengan calon pilihan kau. Tapi, kalau ALLAH kata tu bukan jodoh kau. Maka kau tetap akan bercerai.”

(Kawan BraderJepp)

Lantas saya teringin buat satu analogi. Anda dan ibu anda. Apa anda mampu untuk memilih siapa yang akan menjadi ibu anda? Wanita yang mana akan melahirkan anda? Owh, kalau itu boleh nescaya ramai akan memilih nora danish atau shiela amzah menjadi ibu mereka. Pfftttt…

Logik, bukan? Sudah tertulis di luh mahfuz bahawa ibu kepada Nabi junjungan kita adalah Aminah dan ibu kepada BraderJepp ialah PuanUmmi. Dan sama lah dengan siapa akan menjadi peneman hidup kita. Juga peneman mati kita. Lantas menjadi bidadari di sorga sana. Ewah..

Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.
(Al-Baqarah,2:187)

“Tapi BraderJepp, kita kena lah usaha dulu. Macam mana nak dapat hasil kalau takde usaha kita buat. Bukankah ALLAH telah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 11. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”

Gulp ! Bukan main pandai berbahas ehh. BraderJepp akan jawab part yang tu esok. Ada kerja sekejap. Heheh..

Ini bukan alasan! Kbai..

..BraderJepp..

No comments:

Post a Comment