Sunday 8 September 2013

Siapa dia gerangan ikhwah dan akhawat..?

Maka beruntunglah alien...

Di suatu hari yang mendung. Awan berkepul-kepul. Guruh kadang berdentum. Salji datang mengintai. Saya menjadi seekor burung biru. Berkicau tweet-tweet. Saya terlihat satu profile. Klik…

Dena Bahrin.

Pasti semua kenal. Dari belog beliau sampai lah ke insta dan mka buku beliau. Ramai pengikut dan tak usah dibilang penggemar dan pengomen beliau. Penat rasanya jadi beliau yang setiap saat ada pemberitahuan.

Status hapdet, kicauan dan hantaran gambar beliau. Kebanyakannya berunsur islamik dan tertimbul satu persoalan. Maka jadilah saya seorang burung biru yang berkicau-kicau..

“Dena Bahrin ni, akhawat ke..?”

Tak sampai 53 saat, saya mendapat pemberitahuan. Dua pulak tu, serentak !

****** replied your tweet.

Wah, ini sudah bagus. Mungkinkah persoalan ku akan terjawab..? klik…

“Dena bahrin mmg bukan perempuan ke..?”

“Dia dah kahwin beranak pun laa..”

Pffttt !!

Kurang tarbiyah? Salah siapa? Salah mereka ke..? Ohoiii, sedap tuding jari ! Meh laa, bagi saya rasa sikit. Takkan sedap makan sorang je kan? Ehem !

Ikhwah dan Akhawat. Siapa mereka? Sejenis nama haiwan? Atau mereka ini penjenayah yang menyembunyikan identiti mereka? Atau mungkinkah mereka ini makhluk asing..?

Ya ! Mereka makhluk asing. Alien ! Serious talk, bro…

Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’)
                                                                                                                (Hadis Riwayat Muslim)

Nak jadi doktor, kena ambil bidang medik 6 tahun. Nak jadi askar atau polis, kena masuk akademi, mtd dan macam-macam. Tapi, untuk menjadi ikhwah atau akhawat. Anda tidak memerlukan apa-apa. Anda hanya memerlukan ALLAH sebagai matlamat.

Namun, ikhwah atau akhawat ini bukan suatu jawatan. Yang ada kerusi di parlimen mahu pun tempat di majlis raja-raja apatah lagi dapat mencangkung di persidangan OIC. Gulp !

Mereka hanyalah alien-alien yang bertaburan di bumi ALLAH semata-mata berjuang menegakkan islam kembali ke ustaziatul alam. Bukan menegakkan benang yang basah. Bukan !

Saya pun sebenarnya tidak faham akan jiwa mereka ini. Kadang-kadang ada sanggup berpuasa isnin khamis untuk digunakan wang dollar ringgitnya untuk dihulurkan ke program dakwah dan tarbiyah. Sekali-sekala saya lihat mereka membelanja hadek-hadek usrah mereka atas niat memerangkap mereka ke lembah DnT (Dakwah n Tarbiyah).

Itu belum kira lagi yang habiskan masa malam mereka untuk bulatan gembira atau bolat-bolat sorga. Yang saya tak tahan tu, ada pulak yang buang cuti wiken dorang dengan aktiviti daurah laa muhayyam laa. Dengan satu niat; mengembalikan USTAZIATUL ALAM. Ustaz kepada alam. Fuhh..

Sekarang anda pasti bersetuju dengan saya. Mereka ini sangat asing. Lebih asing dari makhluk asing. Ke cane..?

..BraderJepp..



4 comments:

  1. Replies
    1. salam ukhuwah juga encik musab ! fi amanillah.. =>

      Delete
  2. ini lah yang dikatakan cinta itu buta. cinta sesama ikhwah tanpa mengenal siapa empunya diri. cinta kerana fikrah. semata-mata kerana ALLAH. SEMATA-SEMATA !

    ReplyDelete