Tuesday 10 September 2013

Antara ikhwah dan akhawat 2.0

hindari ikhtilat, iman selamat ! eceh..

Okay, BraderJepp kembali lagi ! Eceh, dah macam rancangan tv al-hijrah pulak. Bluek! Muntah pelangi kau haa..

Tapi, apa salahnya kan kalau betul dapat peluang bersiaran di kaca tv. So, gerak kerja dakwah BraderJepp dapat diperluaskan lagi. Tak gitu? Lagipun, bukankah ini apa yang tersirat dalam nafsu BraderJepp sendiri. Errr, amboi ayat…

Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku bawa.
(Hadis hasan sahih, diriwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad sahih)

Seperti saya janjikan pada post yang lepas. Saya akan bantu anda menjawab persoalan usaha dalam pencarian jodoh. Eceh, ni dah macam acah-acah agen cari jodoh ni...

…sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
(Ar-Ra’d, 13:11)

Betul anda harus berusaha. Tapi, pastikan usaha anda itu berlandaskan syariat. Bukan berpandu pada si taghut ! Alamat jadi lah anda seperti sang badut.

Lupakah anda pada janji ILLAHI.

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
(An-Nur, 24:26)

Kalau benar yang baik itu pilihan anda, yang ikhwah atau akhawat itu calon di hati. Maka, anda juga seharusnya menuju ke arah itu. Majukan usaha anda ke tahap itu. Menjadi ikhwah atau akhawat bergaya. Bukan bergaya dengan baju topman atau jeans dolce n gabbana, apatah lagi dengan beg prada.  

Bahkan, gayakan diri anda dengan 10 muwasafat tarbiyah. Nah, itu baru betul bergaya lagi osem! Tak cukup dengan itu, anda mungkin boleh isikan jiwa dan raga anda dengan 10 rukun bai’ah. Itu barulah usaha yang betul ke arah pembentukan baitul muslim. Cewah…

Uuupppssss, maaf terlupa. Ini sebagai santapan bersama..

cukup tarbiyah, terpancarlah 10 muwasafat tarbiyah !

rukun bai'ah mampu membuat anda bergaya tanpa rasa goyah !


Anda rasa tak cukup? Releks, ada lagi rahsia untuk berusaha membina baitul muslim idaman anda itu. Tapi ingat, ini rahsia antara peminat setia BraderJepp sahaja okeyh ! errr, sekali lagi muntah pelangi...

Baiklah ! Saya, BraderJepp bin EncikWalid membenarkan anda ikhwah atau akhawat untuk bercinta, bermanja atau bertepuk tampar. Bahkan, nak tidur sekatil pun sila lah. Tapi dengan syarat, sesama ikhwah atau sesama akhawat.

Fulsetop !

Sebenarnya, kita telah diajar dalam sistem usrah yang osem ini, tentang bagaimana untuk bersedia ke arah baitul muslim. Caranya, berlatih lah bercinta kerana ALLAH dengan ikhwah atau akhawat satu bulatan anda.

Sungguh, cinta terhadap sesama ikhwah atau sesama akhawat itu sama sahaja cinta antara zauj(suami) dengan zaujah(isteri). Kedua-duanya adalah kerana ALLAH. Kerana DAKWAH. Demi mengejar sorga yang satu ! ummph..

Errr, lagipun boleh anda beritahu saya bagaimana ingin membuat tangga kalau base tangga itu sendiri belum cukup kukuh..? Ada jawapan, sila komen…

..BraderJepp..

3 comments:

  1. boleh ke kita couple dgn dia krn Allah ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr, boleh saya tahu macam mana couple kerana ALLAH. minta pencerahan sebelum saya boleh menjawab. insyaALLAH

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete