Saturday 9 February 2013

beza 'i' dan 'I'

assalamualaikum...
apa khabar korang semua? aku sihat je. ngantuk sikit laa tapi tak boleh tidur. eh, macam mana tu? ngantuk tak boleh tidur. macam lapar tapi tak boleh makan ? hmmm, pelik kan? tapi, kalau kita suka kat sorg perempuan tu tapi malu nak bgtaw. eh, apa ni? merepek lagi. haish, malu aku. ahaha.

dah, cukup jangan gelak!(macam lawak nak ada org gelak) okay, dah cukup. kita sambung cerita pulak. "haish, apa pulak laa mamat ni nak cerita en? beza 'i' dengan 'I'. mesti laa sama. semua orang taw". ok, dah taw takpe tekan butang x kat atas tu. ehhhh, jangan! rileks ahh. gurau je.

takde apa, cuma nak tanya korang kalau taw beza 'islam' dengan 'Islam'. taw tak?(tadi dah bgtaw kut). kalau tanya kat cikgu BM aku dulu mesti dia taw. hangpa yg terer BM boleh laa kut jawab.

ok laa, bagi klu la sikit. yang huruf besar tu kata nama (AM) kalau kecik tu ? haa! teka ahh teka. "kata kerja??" ehh, betul! mana taw? "terer BM kan, nak buat lagu mana?"

'i'slam bukan 'I'slam :P
so, apa beza islam kata kerja dengan islam kata nama ? beza dia senang je, yang kata nama is just like org selalu kata laa. 'minah tu nama je islam' 'mamat tu islam dalam I/C je'. haa, macam tu laa. faham kan?

eh, kejap aku pelik sebenarnya, asal orang ramai pakai mamat ngn minah eh? kesian gila kut siapa yang nama mamat ngn minah. (hopefully, takde org nama mamat ngn minah yg baca post ni)dah mengarut balik.

ok, yang kedua islam kata kerja ni, macam korg laa(insyaALLAH) islam yang mempraktikkan, yang mengamalkan. bukan setakat dalam I/C or whatever. ini laa yang kita nak. betul tak? baru laa kita dapat membina individu muslim seterusnya mencapai semula taraf USTAZIATUL ALAM. eh, apa tu? macam sedap je nama. boleh bagi nama anak ni. ahaha. suke hati korang laa.

so, kat sini aku tinggalkan persoalan. korang yang mana? 'i' kecik ke'I' besar? Hehe


..BraderJepp..


No comments:

Post a Comment